Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Ragam Bahasa dalam Komunikasi

Terdapat pelbagai ragam bahasa yang saya kenal pasti. Antaranya ialah:

1)Bahasa Sindiran
Bahasa sindiran digunakann untuk menyindir seseorang dengan tidak disebutkan secara tepat, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain.
Contoh : Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!
(ditujukan kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja.)

2. Bahasa Menggiat
Bahasa menggiat lebih kurang sama dengan bahasa sindiran tetapi tidak ada kias
maksudnya hanya untuk mengusik atau bergurau.
 dipertuturkan untuk mengetahui reaksi daripada orang yang ditujukan.

Contoh : Amboi, merah sangatlah Mak Ngah!

(ditujukan kepada orang perempuan yang pakaiannya berwarna terlalu merah, tujuannya untuk mengusik)

3. Bahasa Mengejek
 Bahasa yang mengata seseorang dengan perkataan yang tepat , tetapi dengan gaya mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkannya sehingga orang yang mendengar akan mentertawakannya. Kata-kata ini akan menimbulkan perasaan marah orang yang ditujukannya itu.
 Contoh : muka tak malu! belum lulus SPM sudah berangan nak kahwin.
 (ditujukan kepada orang yang gatal bermain cinta walaupun belum dapat berdikari atau lulus peperiksaan untuk menjamin masa depannya)

4. Bahasa Terbalik
 Bahasa terbalik bermaksud perkara yang diperkatakan mempunyai pertentangan maksud dengan perkataan yang diucapkan. Tujuannya adalah untuk menyedarkan seseorang terhadap kesalahan yang dilakukannya.
 Contoh : kan sudah kena denda, lain kali bising lagilah.
 Ditujukan kepada orang lain yang sebelumnya kena denda  kerana membuat bising. Tujuannya untuk memberi ingatan supaya jangan membuat kesalahan yang sama.

5. Bahasa Merajuk

menunjukkan perasaan kecil hati atau menarik diri. Sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina atau tidak sepatutnya dilakukan.

Contoh : orang tak sudi singgah, apa nak buat. Maklumlah pondok kita tak ada hawa dingin.

6. Bahasa Tempelak
 Bahasa tempalak kata-kata untuk membalikkan percakapan seseorang yang dikeluarkan sebelum ia sendiri  melakukan kesalahan itu.

Contoh : Dulu ada orang datang meminang, awak tolak, awak tak mahu, tak ada rupalah, tak ada hartalah, macam-macma alas an. Sekarang umur dah banyak siapa lagi yang hendak?

7. Bahasa Herdik
 aBahasa herdik seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya pada masa lalu. Mempunyai persamaan dengan maki tengking tetapi tujuannya adalah untuk kebaikan, bukannya untuk memalukan orang lain.

Contoh : Hei, tak ada kerja lain ke! Asyik nak tidur sahaja.
  
8. Bahasa Melampau
 mengatakan sesuatu perkara itu secara berlebih-lebihan melebihi apa yang sepatutnya hingga kadang-kadang tidak diterima akal.

Contoh : Kecantikan wajahnya itu tidak ada tolok bandingannya di dunia ini.

9. Bahasa Merendah
 mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang. Tujuannya untuk merendah diri.

Contoh : 
Terimalah sedikit hadiah yang tidak sepertinya ini.
Izinkan saya yang daif ini menyampaikan ceramah kepada tuan-tuan sekalian.


10. Bahasa Naik
 Ragam bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati pembaca akan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dataran yang kendur kepada dataran yang semakin tegang.

Contoh :
Sudahlah sekolah kerajaan dirikan, gaji guru-guru kerajaan bayar, buku-buku diberi percuma, padang bola dan bola itu pun disediakan oleh kerajaan juga!

11. Bahasa berulang
 Ragam bahasa yang menggunakan perkataan, frasa, atau ayat secara berulang-ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan maksud sesuatu yg hendak ditekankan oleh penutur.

Contoh:
Kaya, kaya, kaya, ya semua orang mahu kaya.

Belajar, belajar, belajar, tak kira siapa, di mana dan bila, kita harus lakukan  demi kesejahteraan hidup  pada masa depan.

12. Bahasa mengeluh
 Bahasa mengeluh digunakan untuk melahirkan perasaan kecewa dan menyesal dengan cara mengeluh.

Contoh :
Hai, kalaulah isteriku masih hidup bolehlah aku bermanja!
Oh, beginilah nasib kami apabila majikan tidak bertimbang rasa!

Berdasarkan ragam bahasa yang dinyatakan, bahasa digunakan dalam pelbagai situasi dan tujuan. Perkara yang penting adalah kita harus menggunakan bahasa yang baik iaitu pemilihan kata-kata yang terbaik bagi mengelak pihak terasa tetapi dapat memahami mesej yang disampaikan melalui ujaran kita walaupun kita menggunakan bahasa untuk menyindir. Dalam hal ini, kita boleh mengaplikasikan khazanah bahasa Melayu turun temurun iaitu peribahasa.

Pelancong Asing

Pada minggu lepas, saya menemui dua orang perempuan yang kelihatannya pelancong luar negara. Kelihatan mereka berdua memegang peta dan kamus bahasa Melayu. Saya mengagak bahawa mereka kesesatan. Saya lalu menghampiri mereka dan bertanya. Berikut merupakn dialog antara kami.

Saya: Hye, i'm Christina. Can I help both of you two?

Pelancong 1 : Oh. Hye Christina. Nice to know You, Im Elizabeth and this is my friend, Jane. Actually we want to go to Jalan Maharajalela. Can you show the way or direction?

Saya: Oh I see. Wait a minute. Actually I'm not familiar at this place too. Let me ask my friend first.

Pelancong 2: Okey, sure.

Saya bertanya kepada kawan saya arah untuk menuju ke Jalan Maharajalela.
 Setelah mengetahuinya, saya pun berkata kepada kedua-dua pelancong asing tersebut.

Pelancong 1: Cik, saya sudah tahu bagaimana hendak pergi ke sana. Terima kasih kerana menolong.

Saya terkejut mendengar pelancong itu berbahasa Melayu walaupun intonasinya ala kebaratan.

Pelancong 2: Kami tahu berbahasa Melayu. Anda bukan Melayu?

Saya : Saya bukan melayu tetapi pandai berbahasa Melayu.

Pelancong 1 : Kami seronok berbahasa Melayu. Boleh tahu budaya mereka. Sungguh beradab.

Walaupun, mereka mengujarkan percakapan mereka patah demi patah, tetapi saya kagum mereka sedaya upaya berbahasa Melayu sepenuhnya tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu. Sekiranya kita rakyat Malaysia, sudah tentu kita akan mencampuradukkan  bahasa kita dengan bahasa asing. Kalau mereka bangga berbahasa Melayu, kenapa tidak kita? Usahlah kita mencemarkan bahasa bahasa kita, tanpa kita sedari bahawa percampuran bahasa menyebabkan kita tiada indentiti dan boleh menimbulkan kekeliruan bahasa Melayu jati. Bahasa melambangkan identiti dan pemikiran bangsa.

Pembaca berita

Pembaca berita merupakan satu profesion dalam dunia penyiaran yang akan memaparkan segala isu-isu terkini atau buletin negara, rakyat da hubungan luar. Pembaca berita menuntut komunikasi yang tinggi, lebih-lebih lagi penggunaan bahasa Melayu baku atau bahasa rasmi. Namun, hakikatnya, pembaca peberita tidak menyedari bahawa mereka banyak melakukan kesalahan berbahasa dan penggunaan sistem gelaran kepada orang lebih berpangkat daripada kita. Antara kesalahan tatabahasa dan sebutan, yang kerapkali dilakukan oleh pembaca berita ialah seperti berikut:

  • di kalangan (Salah) - dalam kalangan (Betul)
  • pada masa kini  (Salah)- pada masa ini/ kini (Betul) 
  • okey (Salah) - baiklah (Betul)
  • Selain daripada itu - Selain itu (Betul)
Selain itu, pembaca berita juga telah bertindak kurang adab dalam menyebut gelaran yang merujuk kepada pangkat atau status. Apabila menekankan sesuatu nama menteri atau penggiat seni yang menerima anugerah, mereka menyebutnya secara mentah-mentah nama mereka. Umpamanya;

            Penyaluran bekalan makanan terus dijalankan walau terdapat beberapa halangan. Najib berkata penyaluran tersebut akan diterus dengan bantuan duta Australia. Najib yanng merupakan Perdana Menteri Malaysia hanya digelar Najib sahaja, umpama seperti kawan biasa, sedangkan beliau memiliki status yang lebih tinggi daripada kita. Gelaran atau status yang seharusnya dinyatakan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.....

Berdasarkan contoh berikut, ternyata sistem bahasa dalam kalangan pembaca berita lagi perlu diperbaik dan diperhalusi agar tiada kepincangan bahasa. Eloklah, unit berkenaan bahasa Melayu diwujudkan di RTM bagi memurnikan penggunaan perkataan kepada yang lebih gramatis dan berprotokol. Hal ini disebabkan pembaca  berita dilihat sebagai ikon, maka segala perbuatan mereka akan diperhatikan dan ditiru. Bahasa Jiwa Bangsa

Apabila Marah

Apabila berbicara tentang marah, sudah tentu berkait rapat dengan emosi. Emosi manusia sentiasa berubah mengikut keadaan yang dialami dan perkara yang dilaluinya. Begitu juga dengan saya yang menjalani hidup sebagai seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai asam garam yang saya lalui sepanjang saya bergelar mahasiswi. Mana tidaknya, saya agak emosional kerana bebanan tugasan yang diberi oleh pensyarah yang bertubi-tubi. Dalam hal ini, saya bukannya menolak tanggungjawab saya sebagai pelajar, tetapi hakikatnya pelajar mengalami tekanan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh berlainan pensyarah. Apabila marah, proses pemikiran kita akan menjadi lembap. Hal ini bermakna, kerasionalan dan kewarasan tiada berfungsi apabila kita marah. Setiap manusia melepaskan kemarahan dengan pelbagai cara, sama ada secara fizikal mahupun lisan. Antara contoh melepaskan kemarahan secara fizikal adalah merosakkan benda, mengoyakkan kertas, menumbuk dinding dan sebagainya. Namun, sebaliknya berlaku apabila kita melepaskan kemarahan secara lisan adalah merungut, menjerit, intonasi bahasa kasar, dan lain-lain lagi. Antara hamburan perkataan yang dilepaskan oleh sesorang yang mengalami kemarahan adalah seperti berikut:
  • Bodoh!
  • Sial!
  • Hampeh!
  • Cilaka!
  • Langsung tak boleh harap!
  • Pergi mampus la!
  • What the f**k
Berdasarkan contoh perkataan yang tertera di atas, merupakan perkataan bercirikan kenegatifan. Sesungguhnya, apabila kemarahan menguasai diri, sebarang pertimbangan dan proses pemikiran tidak akan berfunngsi. Setiap manusia semamangnya mengalami pelbagai peristiwa dan pengalaman yang memberi kesan kepada individu tersebut sehinggakan mengalami perubahan atau transisi emosi. Pengawalan emosi juga mampu mengurangkan pihak ketiga disebabkan menimbulkan sensitiviti pihak ketiga. Sabar itu separuh daripada iman. Kita sebagai guru harus membuat pemilihan perkataan yang terbaik dalam menegur atau menasihati pelajar agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai ragam. Bahasa yang tidak sesuai atau tidak baik mampu mengacaubilaukan pertimbangan emosi kita.

Di sebalik tabir pembinaan Bahasa Melayu

i) Jumlah,sumber dan kadar perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu
Untuk mengkaji kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu,kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dipandukan untuk menentukan jumlah,sumber dan kadar kata asing dalam kertas kerja ini.Hasilnya seperti di bawah.
(Jumlahnya berasaskan bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam Kamus Dewan.)
*Jumlah Kata Pinjaman : 10,062
Sumber Jumlah Kadar
Bahasa Inggeris 2,381 23,7%
Bahasa Arab 1,791 17.8%
Bahasa Jawa 1,482 14.5%
Bahasa Belanda 1,387 13.8%
Bahasa Minangkabau 1003 10.0%
Bahasa Jakarta 920 9.1%
Bahasa Sanskrit 490 4.9%
Bahasa Cina 188 1.9%
Bahasa Sunda 90 0.9%
Bahasa Portugis 83 0.8%
Bahasa Parsi 81 0.8%
Bahasa Tamil 57 0.6%
Bahasa Hindu 57 0.6%
Bahasa Jepun 16 0.2%
*Bahasa Lain 36 0.4%
*Kadar jumlah kata pinjaman terhadap jumlah kata dasar ialah
35%.

(Jumlah kata dasar dalam kamus tersebut merupakan 28,651)
*Bahasa Lain : Bahasa Palembang(11), Bahasa Latin(8), Bahasa Bali
(4),Bahasa Turki(3), Bahasa Rusia(3), Bahasa Aceh(2), Bahasa Perancis
(1), Bahasa Padang(1), Bahasa Sepanyol(1), Bahasa Korea(1), Bahasa
Thai(1)
3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit
Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi, hukum, ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Oleh yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu “konsep kewujudan”,”pembentukan pertubuhan sosial kelas” dan “permulaan perdagangan”. Mengenai “konsep kewujudan”, banyak perkataan yang menyatakan agama ,alam dan falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pimjaman dari bahasa tersebut. Oleh sebab itu kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telah menerima pengetahuan seperti itu dari kebudayaan India. Berkenaan “pembentukan pertubuhan sosial kelas”, ketika bahasa Sanskrit mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu.Pendek kata,kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah telah diformasi pada masa itu. Yang ketiga, berkaitan “permulaan perdagangan”, perdagangan antarabangsa di kalangan dunia Melayu dan India bermula dan ramai pedagang dan tentera melawati ke
sana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman
perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandar
dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu
sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara.
Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakin
meningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan
perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India.
Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca,
negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana,
pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja
3.2. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab
Untuk bahasa Melayu,dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arab
beserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting
dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.
Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu.
Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari bahasa Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dan lain-lain),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains, kesusasteraan dan seni”. Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran, perkahwinan, pemakaman dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalam kehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu.
Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,
musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu,
hikayat, sejarah, riwayat, kisah
3.3. Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi
Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun
lalu,mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal
sehingga kini.
Salah satu kesan yang bekekalan merupakan agama Islam yang tersebar
di seluruh Nusantara.Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawa
kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi
kepada orang Melayu. 
Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian.
Contoh : bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala,
nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai
3.4. Perkataan asal dari bahasa Portugis
Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama Kristian” dan “tenaga tentera Eropah”. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai perkara baru.
Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu,
tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba
3.5. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi
Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalan perkapalan antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampau.Oleh sebab itu ramai orang berpindah dari dua negara ke kepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenaga buruh di kawasan perlombongan dan estet.Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang.
Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, ketengahannya bermaksud makanan-makanan dan barang-barang hidup harian yang berasal-umbi budaya masing-masing tetapi ia sudah menyerap di dalam masyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih ada ciri-ciri budaya
mereka sendiri. Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari segi kebendaan bukan kerohanian.
Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan.
Contoh : Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,
sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang
Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,
cerpu, katil, perisai, talam, pingga,
Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,
pateri, roti, tala, topi
3.6. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda
Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakat Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan  teknologi. Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua bidang iaitu “istilah politik, ekonomi dan akademik moden” dan “nama barang industri, eletrik dan teknologi tinggi”. Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka meninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB (Indonesia Belanda) dalam kamus tersebut.
Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,
gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,
teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles
Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide,
kubus, langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol,
mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor, studen, universitas
3.7. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia
Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai “Lingua Franca” diDunia Melayu sejak masa lampau. Oleh yang demikian, kita boleh menemui banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya dari Jawa dan Sumatra kerana aliran masuk kata-kata dari bangsa-bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasaJawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata bahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau dianalisa sifatnya, perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah kata yang bererti mengenai alam, pertanian, makanan, haiwan, nama keluarga diraja, adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia.
Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus. Berikutnya ialah bahasa-bahasa Sumatra (bahasa Minangkabau,Aceh, Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan dari bahasa Bali terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unik di Indonesia.
Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar, 
omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong
Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai,
kacang, kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh,
uda
Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur,
jejaka, majikan, ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu
Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom,
peser, pincut, takol, tahapan, timburu
Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang,
welasan
Bahasa Aceh : bangta, rudus
Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng
Bahasa Padang : marah
3.8. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun
Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam Kamus Dewan. Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga kata yang bererti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi sesetengah perkataan ini jarang digunakan.
Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang,
romusya, sake, samurai, syogun, taiso, takeyari
3.9. Perkataan pinjaman dari bahasa lain
Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialah
bahasa Latin, Turki, Rusia, Perancis, Sepanyol, Korea dan Thai. Bilangannya
sangat sedikit.
Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo
Bahasa Turki : aga, bokca, efendid
Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka
Bahasa Prancis : kelonyor
Bahasa Sepanyol : selva
Bahasa Korea : tae kwan do
Bahasa Thai : wat
 Proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap bahasa ketika pertembungan beberapa bangsa terjadi melalui proses globalisasi. Biasanya apabila sesuatu bidang ilmu dikuasai oleh penutur bahasa tertentu,maka kumpulan bahasa lain akan meminjam kata yang berkaitan dalam bidang itu. Misalnya,dalam bahasa Inggeris terdapat hampir 65 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Latin,Greek dan lain-lain.Sebahagian kosa kata bahasa-bahasa Eropah pula terdiri daripada bahasa Latin dan Greek.Tambahan lagi, sekiranya analisa leksikal bahasa Jepun, terdapat juga hampir 40 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Cina dan 10 peratus berasal dari bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris.
Tetapi,sama dengan bahawa orang Eropah tidak menyedari perkataan yang berumbi bahasa Latin dan Greek sebagai kata pinjaman,bagi orang Melayu,perkataan berasal dari bahasa Sanskrit dan Arab merupakan disedarkan bukan perkataan pinjaman tetapi unsur perkataan berakar umbi bahasa asing yang sudah menetap dalam bahasa Melayu. Hal yang pentingnya ialah cara untuk definisikan erti peminjaman leksikal tetapi ia sukar ditetapkan. Kata-kata pinjaman itu mencerminkan bahawa pengaliran dan pertukaran orang dan juga penyebaran dan peminjaman kebudayaan yang berlaku di kawasan ini. Dengan konteks tersebut, kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat tentang unsur-unsur perkataan bahasa asing dalam kosa kata bahasa Melayu dan perubahan tamadun Melayu melalui proses peminjaman leksikal pada bahasa sendiri. Perkataannya boleh digolongkan mengikut sifat dan peranannya dalam bahasa Melayu masa kini.
Yang pertama ialah perkataan yang berakar umbi dalam masyarakat Malaysia sebagai konsep kebudayaan dan kerohanian rakyat di negara itu terutamanya bagi orang Melayu. Kebanyakannya tidak disedari seperti perkataan yang dipinjam dari bahasa luar dan ia diguna dalam percakapan seharian dan juga dalam bidang pendidikan,pengajian tinggi dan media massa. Kumpulan itu termasuk bahasa Sanskrit,Arab dan Parsi. Yang kedua,perkataan yang digunakan sebagai kata yang menyatakan budaya dan benda yang sudah dimalaysiaan(Malaysianized) yang dibawa oleh orang yang bertutur bahasa Cina,Tamil,Hindu dan Portugis.Kebanyakannya boleh dikelaskan sebagai perkataan yang bererti makanan,barang,adat,agama,ilmu yang berasal dari budaya bangsa masing-masing.Seperti yang demikian, kumpulan itu terdiri daripada bahasa Cina(kebanyakannya dari dialek Hokkien),Tamil,Hindu dan Portugis.Tentang bahasa dari bangsa India,berbanding dengan bahasa Sanskrit,bilangan perkataan Tamil dan Hindi sangat sedikit.
Perkataan dari serumpun kepulauan Indonesia agaknya terletak di tengah antara golongan yang pertama dan kedua. Selain daripada itu, terdapat perkataan yang baru dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu dan sering digunakan untuk menyatakan khususnya konsep moden dan istilah sains dan teknologi tetapi ia tidak berumbi dalam masyarakat Malaysia. Kumpulan itu mengandungi perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda. Terutamanya perkataan bahasa Inggeris digunakan dalam istilah akademik dan sains yang
diambil dari Eropah dan bilangannya masih bertambah dengan pesat dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah bidang sains dan teknologi disebarkan oleh media massa bahasa Inggeris ke seluruh dunia pada masa ini.Melihatkan itu,istilah bahasa Inggeris agaknya akan menduduki sebahagian besar dalam kata pinjaman dalam bahasa Melayu tetapi ini tidak akan berlaku.Kerana perkataan tersebut diterima untuk menunjuk konsep baru,istilah sains dan bidang popular,oleh sebab itu agaknya ia mudah dihapuskan apabila perkara yang lebih baru dan maju muncul dan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan.
Setiap bahasa di dunia menyaksikan sejarahnya di setiap masyarakat dan kawasan yang menuturkannya sebagai bahasa rasmi atau bahasa pengantar.Dengan konteks ini,analisa unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja menyambungkan pembentukan miniatur sejarah Dunia Melayu malahan juga membantu
memahami dinamik sifatnya bahawa agak luas untuk menerima pengetahuan dan ilmu yang baru dari luar untuk perkembangan ekonomi dan membangunkan negara sendiri dari dahulu hingga sekarang.
Sesungguhnya tidak ada satu budaya dan bahasa tertentu yang terbentuk daripada unsur asli sesuatu bangsa di seluruh dunia.Semuanya terhasil melalui proses pertembungan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain. Dengan konteks ini,bahasa Melayu pun salah satu hasil itu tetapi disebabkan pertukaran kebudayaan Timur dan Barat berlaku di kawasan ini, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat unik. Dunia Melayu merupakan wadah tumpuan pelbagai bangsa Asia dan Eropah.Bahasa Melayu pun mempunyai unsur-unsur perkataan yang berasal dari pelbagai negara dan bangsa dari sana. Perkara itu membuatkan penyelidikan bahasa Melayu sangat menarik bagi para penyelidik dan pelajar bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan juga menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa yang penting atau berharga untuk dikaji oleh para sarjana di seluruh dunia.

Berhati-hati ketika berbahasa

Walaupun kita pandai berbahasa, namun kita perlu mengetahui etika dan etiketnya. Berbahasa sesungguhnya mudah, namun tidak bermakna kita boleh menghamburkan segala ujaran kita. Walaupun kita lantang sekalipun, kita perlu memilih kata-kata terbaik agar tidak menimbulkan sentiviti atau menyinggung perasaan pihak lain. Realitinya, apa yang saya perhatikan, seluruh bangsa di Malaysia memiliki perkataan yang sama, tetapi pembawaan makna yang tidak sama. Kita lihat contoh frasa atau perkataan yang menimbulkan kontroversi dalam pengujaran:

nate beruk (dialek Kelantan) - binatang beruk ( makna tersurat dalam bahasa Melayu baku)

Jika dilihat dari makna dialek kelantan, frasa 'nate beruk' merujuk kepada ujaran yang bermakna negatif. Kawan kelantan saya menerangkan kepada saya bahawa frasa tersebut tidak boleh diujarkan sembarangan kerana menimbulkan sensitiviti seseorang. Jika dalam bahasa Melayu standard mahupun bahasa Sarawak, frasa tersebut merujuk kepada binatang yang sama spesies dengan orang utan.

 budu (dialek Kelantan) - bodoh ( dialek Sabah)
Budu dalam dialek Kelantan merujuk kepada makanan seperti sambal belacan manakala dalam dialek Sabah, budu merupakan kata sifat iaitu bodoh.

kemek (dialek Kelantan) - kemek (dialek Iban, Sarawak)
Kemek dalam dialek Kelantan merujuk kepada sistem panggilan dalam institusi keluarga di negeri Kelantan manakala kemek dalam dialek Iban pula bermakna perbuatan membuang air kecil.

 Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat persamaan dari segi perkataan tetapi pembawaan makna yang berbeza. Jadi, berhati-hatilah ketika berbahasa dengan orang lain. Eloklah kita sebagai penutur menggunakan bahasa Melayu standard sebagai bahasa pengucapan atau bahasa lisan antara dua pihak bagi memudahkan pemahaman dan mengelak dari sebarang menyalahtafsirkan bahasa orang.Sesungguhnya, bahasa merupakan alat penyatuan antara dua pihak yang berlainan bangsa dan bahasa.

Lewah

Tidak dapat dinafikan bahawa sikap individu yang memandang remeh terhadap aspek penggunaan bahasa  mengundang pencemaran bahasa terutamanya unsur lewah sama ada disedari mahupun tidak disedari. Antara gejala pencemaran bahasa adalah penggunaan lewah. Penggunaan unsur lewah adalah tidak gramatis, iaitu salah dari aspek hukum tatabahasa. Antara contoh unsur lewah dalam penggunaan:

  1.  cuba try
  2. maaf sorry
  3. tolong please
  4. main game
Realitinya unsur lewah yang terdapat pada contoh di atas kerap kali diujarkan. Hal ini menyebabkan makna berganda bagi suatu perkataan. Oleh disebabkan kebiasaan mengujarkan unsur lewah, individu tidak menyedari kesilapan mereka. Sebagai guru, kita harus peka dengan percakapan pelajar kita di dalam kelas, lebih-lebih lagi ujian lisan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kita harus memberi peneguhan dan memperbaik bahasa pengucapan mereka. Jangan dirosakkan bahasa hanya kerana kedegilan individu yang sentiasa mengulangi kesilapan bahasa. Bahasa cerminan jati diri kita.

Bahasa Zaman Sekarang

 Pada masa ini, terdapat pelbagai bahasa yang dikomunikasi. Antaranya bahasa slanga yang sememangnya dituturkan dalam kalangan remaja, khususnya. Ada-ada sahaja perkataan baru yang tercipta semasa proses komunikasi berlaku dan sekaligus dijadikan budaya dalam konteks sosial. Apabila disebut bahasa slanga, penggunaannya adalah dalam situasi tidak rasmi, dibudayakan dalam kalangan umur yang sebaya. Bahasa slanga bukanlah bahasa baku atau bahasa tinggi. Perkataan dalam perkamusan perkataan bahasa Melayu standard diubah ke dalam pemahaman bahasa mereka sendiri. Antara perkataan yang terdapat dalam slanga ialah:
  • cun-melecun (lawa)
  • kacang (senang) 
  • blah , chow,cabut ( pergi)
  • poyo
  • sekodeng (mengintai, mengintip)
  • balak, pakwe, makwe
  • siot, biul
Perkara yang amat menyedihkan adalah banyak perkataan lucah yang diujarkan dalam bahasa slanga. Tidak mustahil perkara seumpama ini akan berlaku kerana mereka (remaja) terus mencipta istilah baru dan perkataan baru. Kita sebagai guru Bahasa Melayu harus sedaya-upaya menangani masalah ini daripada menjadi parah. Hal ini disebabkan komunikasi secara lisan akan mempengaruhi dalam penulisan karangan. Tambahan, kosa kata dan perkataan berdaftar bahasa Melayu standard adalah kurang kerana dipengaruhi bahasa slanga sehinggakan mereka sebagai pelajar mengalami kekeliruan dalam pemilihan nahu terbaik dalam penulisan karangan. Selain itu, pengucapan bahasa slanga juga memberi kesan negatif terhadap komunikasi dan aspek sosial mereka yang kemungkinan besar mengundang kepada kemungkaran dunia.