Saturday, March 19, 2011
Cakap Besar
Manusia di dunia ini sememangnya baanyak ragam. Rambut sahaja yang sama warna, tetapi isi hati lain-lain. Saya mengenali seorang kawan yang bernama Siti (bukan nama sebenar). Siti seorang yang baik, cuma hanya satu sikap dia yang agak mengjengkelkan iaitu bercakap besar sebab terlalu yakin dan pandai. Dia memang seorang mulu murai, Setiap hari, ada sahaja cerita-cerita baru yang diceritakan. Saya mengakui Siti seorang pelajar yang bijak dan berfikiran ke hadapan. Namun, ada kawan-kawan saya yang tidak menyukainya kerana dia suka bercakap besar dan tidak mahu mengalah. Jika dilihat dari latar belakang keluarga dia, boleh saya simpulkan bahawa dia begitu dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya kerana Siti merupakan anak tunggal. Maka, tidak hairanlah sikapnya yang bercakap besar dan tidak mahu mengalah. Semasa cuti sekolah, dia menyatakan dia melancong ke luar negara bersama keluarganya. Banyak perkara yang menarik melancong di luar negara. Selepas itu, Siti menyatakan dia akan melancong ke England. Yang mendengar hanya mengiakan dan ada yang berasa kagum walaupun ada sedikit tercalit perasaan cemburu. Banyak perkara yang diceritakan oleh Siti. Oleh disebabkan Siti, tidak mahu mengalah daripada orang lain, Siti bersungguh-sungguh menceritakan kepada kawannya. Kadang-kadang, ceritanya adalah tidak benar dan terdapatnya tokok tambahan.Tiada maknanya kita mencerita kesemuanya kepada orang, lebihlebih tujuan yang boleh menimbulkan kejengkelan, perasaan cemburu dan berunsurkan sindiran. Cukuplah sekadar mengatakan kita pernah mengalami dan melakukan sesuatu perkara yang mungkin menjadi kebanggaan dan kepuasan kepada kita yang belum dilalui oleh orang lain.
Friday, March 18, 2011
Bahasa Pejabat atau hanya kerana kami bukan Melayu?
Pada pagi ini, saya dan Apei pergi berurusan di bahagian Pembangunan Pelajar yang terletak di tingkat dua. Setelah tiba di pejabat, kami menuju ke tingkat dua. Kami memasuki pejabat bahagian Pembangunan pelajar tersebut. Sejurus kami memasuki ke dalam pejabat tersebut, kami melihat seorang perempuan mengandung di dalam pejabat saya kira kerani pejabat tersebut. Dia terus bertanya apa urusan kami tanya tanpa memberi salam sejahtera atau selamat pagi. Berikuti dialog antara kami:
Puan : U berdua nak apa?
Apei : Kami berdua hendak memohon borang P/O.
Puan : Borang PO?
Apei : Ya Puan.
Puan ; Sekarang ni, borang P/O dah tak digunakan lagi. Program ape? U da bawa paperwork ka?
Apei : Kena ada kertas kerja ka?
Puan: Ya. kena ada.
Apei: Tak mengapalah. Terima kasih.
Begitulah bahasa yang dipertuturkan oleh kerani di pejabat tersebut. Paling ketara adalah penggunaan kata ganti nama 'saya' dan 'awak' yang digantikan oleh 'I' dan 'You'. Namun, apabila pelajar Melayu yang berurusan, mereka akan memberi salam. Selain itu, jika dengan kami, kata ganti nama adalah 'I' dan 'You', tetapi apabila komunikasi bersama pelajar berbangsa Melayu, mereka membahasa 'adik' dan 'kakak'. Kerani tersebut 'memilih bulu' atau dengan erti kata lain, sekiranya pelajar Melayu, beliau akan memberi salam, tetapi sebaliknya dengan kami yang bukan berbangsa Melayu. Bahasa pejabat perlu menggunakan bahasa rasmi dan perkara yang paling penting adalah setiap pengurusan pentadbiran hendaklah mengutamakan piagam pelanggan. Segara urusan rasmi hendaklah menggunakan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Puan : U berdua nak apa?
Apei : Kami berdua hendak memohon borang P/O.
Puan : Borang PO?
Apei : Ya Puan.
Puan ; Sekarang ni, borang P/O dah tak digunakan lagi. Program ape? U da bawa paperwork ka?
Apei : Kena ada kertas kerja ka?
Puan: Ya. kena ada.
Apei: Tak mengapalah. Terima kasih.
Begitulah bahasa yang dipertuturkan oleh kerani di pejabat tersebut. Paling ketara adalah penggunaan kata ganti nama 'saya' dan 'awak' yang digantikan oleh 'I' dan 'You'. Namun, apabila pelajar Melayu yang berurusan, mereka akan memberi salam. Selain itu, jika dengan kami, kata ganti nama adalah 'I' dan 'You', tetapi apabila komunikasi bersama pelajar berbangsa Melayu, mereka membahasa 'adik' dan 'kakak'. Kerani tersebut 'memilih bulu' atau dengan erti kata lain, sekiranya pelajar Melayu, beliau akan memberi salam, tetapi sebaliknya dengan kami yang bukan berbangsa Melayu. Bahasa pejabat perlu menggunakan bahasa rasmi dan perkara yang paling penting adalah setiap pengurusan pentadbiran hendaklah mengutamakan piagam pelanggan. Segara urusan rasmi hendaklah menggunakan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Masakan
Tertarik saya untuk mengetengahkan bahasa Melayu dalam dunia masakan. Tentu pembaca berasa pelik apa kaitan bahasa Melayu dengan memasak. Saya bukannya menyatakan cara memasak atau menu atau resepi memasak, tetapi saya mengangkat dan membicarakan bahasa Melayu dalam masakan. Pernahkah anda terfikir bahawa dalam masakan juga terdapat peminjaman istilah atau kosa kata. Sila perhati kosa kata yang saya nyatakan berikut. Saya menjadikan risalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004 yang bertajuk Sajian Makanan.
i) Senarai nama sajian Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu
i) Senarai nama sajian Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu
- A’la carte meal - sajian pilihan / a’la carte
- Almond dessert - pencuci mulut badam
- Almond nip - badam cencang
- Baked beans - kacang panggang
- Baked rice - nasi panggang
- Banana bread - roti pisang
- Banana loaf - kek pisang
- Banana milkshake - susu adun pisang
- Banana split - pisang sejoli
- Barbecue beans - kekacang barbeku
- Barbecue chicken - ayam barbeku
- Barbecue sauce - sos barbeku
- Beef burger - burger daging
- Family pack - pek keluarga
- Family plate - set
- Ban ikan bilis - ikan bilis bun
- Ban kari - curry bun
- Ban keju krim - cream cheese bun
- Gegelang sotong - calamari ring
- Gula aising - icing sugar
- Gula perang - brown sugar
- Kek nanas - ananas gateauxKek oren kristal - crystal orange cake
- Kek perawan coklat - chocolate lady cakeKek perawan putih - fair lady cake
- Kek pisang - banana loaf
- Kek span coklat - chocolate sponge cake
- Kekacang barbeku - barbecue beans
- Kentang gelung - curly fries
- Nasi ayam - chicken rice
- Nasi panggang - baked rice
- Nuget ayam - chicken bites; chicken nuggets
Apabila mengumpat
Pada aku mengumpat adalah bercerita keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita atau yang mendengar cerita.
Pada pandangan saya mengumpat adalah bercerita tentang keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita. Contohnya dalam situasi yang berikut.
A seorang peniaga
B adalah kenalan kepada A
C adalah kawan mereka berdua.
B adalah kenalan kepada A
C adalah kawan mereka berdua.
Jika B memberitahu A yang C adalah seorang yang susah mambayar hutang berdasarkan kisah-kisah yang pernah B alami, ini bukan mengumpat. Hal ini bermakna informasi ini berguna kepada A agar berhati-hati semasa berurusan dengan C. Mungkin kita boleh namakan ia sebagai peringatan, pemberitahuan atau apa sahaja. Kalau informasi itu tidak benar kita boleh namakan sebagai fitnah, tetapi bukan sejenis umpatan. Tetapi jika A yang bercerita kepada B kisah keburukan C, yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada B, sudah pastinya ia merupakan umpatan.
Sememang naluri manusia akan rasa seronok apabila orang lain mempunyai sifat yang lagi buruk dari kita. Ini membuatkan kita nampak baik, bagus dan berada di status yang lebih tinggi. Jadi untuk mencapai status itu kita akan cuba pastikan semua orang tahu akan keburukan orang lain. Sebab utama manusia mengumpat adalah untuk membuatkan hati sendiri puas melihat keburukan orang lain dan untuk menampakkan diri mereka bagus. Ada juga alasan-alasan lain seperti, untuk menjadi iktibar, untuk melepaskan tekanan untuk membuatkan semua orang peka dengan hal jiran tetangga atau rakan sekerja, untuk mengukuhkan pepatah ‘jaga tepi kain orang’ dan juga sekadar mengisi masa lapang. Ramai orang berpandangan bahawa umpatan sinonim dengan kaum hawa. Tiada manusia yang sempurna. Hakikatnya, lelaki pun mengumpat juga.
Perbezaan antara umpatan kaum Hawa dan kaum Adam adalah topik .Mungkin kaum Hawa bercerita tentang kekasih, perempuan lain, rumah tangga orang lain yang porak peranda, tetapi orang lelaki pula akan bercerita mengenai kebodohan rakan mereka membeli kereta yang buruk atau pasal teman mereka dipermainkan oleh kekasih.
Perkara yang jelas semasa proses umpatan adalah medium yang digunakan iaitu bahasa. Selalunya orang mengumpat dari belakang. Oleh sebab itu, wujudlah peribahasa 'menikam dari belakang'. Mengapa saya mengatakan bahawa bahasa? Hal ini disebabkan bahasa yang bervariasi, lebih-lebih lagi memudahkan proses umpatan. Untuk lebih jelas, saya memberi situasi yang berikut.
A merupakan orang Kelantan
B dan C merupakan orang Sabah (dialek Kadazan)
Apabila berlakunya perbezaan bahasa dan bangsa, mudahlah proses mengumpat berlaku. Hal ini disebabkan oleh B dan C berkomunikasi dalam dialek mereka agar A tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengumpat A walaupun A di sisi B dan C. Maka, mereka mengambil peluang bahawa A tidak tahu apa-apa dalam bahasa Dusun dengan mengumpatnya. Hal ini jelas menunjukkan bahasalah yang menjadi medium umpatan dan menyalahgunakan bahasa dalam perkara yang tidak baik. Sebagai seorang manusia yang menyedari manusia sesungguhnya tidak sempurna tidak akan melakukan perkara sebegitu kerana ia merupakan perbuatan berdosa dan salah dari aspek tuntutan agama dan norma kehidupan. Janganlah menggunakan bahasa untuk mengumpat orang lain. Bahasa kita, identiti kita.
Kenali Bahasa, Kenali Budaya, Pengukuh Ukhuwah
Kaum Kayan merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram di Borneo.. Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang Dayak. Kaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Mereka dikategorikan ke dalam golongan Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai. Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.
BAHASA
Setiap rumah panjang kaum Kayan yang terdapat di Belaga, bahasa mereka agak lain dan nada pertuturan juga agak berbeza antara satu dengan yang lain.
BAHASA
Setiap rumah panjang kaum Kayan yang terdapat di Belaga, bahasa mereka agak lain dan nada pertuturan juga agak berbeza antara satu dengan yang lain.
- Selamet jihima- selamat pagi
- nun dengah- apa khabar
- akui -saya
- ikak -awak
- nyalam- sayang
- liveng/kawah- rindu
- sayu- baik
- jan-tak
- marong-betul
- jam-tau
- ok tua-sikit saja
- kuman-makan
- ikem-suka
- kanen-nasi
- jinun- tak ada
- musang-keluar
- nun nun tua- apa apa saja
- ikem - suka
- duya - malas
Kajian sarjana seperti Prentice D.J. (1971) dan lain-lain mengesani bahawa bahasa Kayan memiliki persamaan dengan bahasa Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Tagel dan Tabun sebelum bahasa-bahasa tersebut membentuk ciri-ciri tersendiri. Meskipun wujud beberapa perbezaan dari segi perbendaharaan kata, tetapi kebanyakan merupakan variasi sahaja.Marilah kita mempelbagaikan penguasaan bahasa lain. Penguasan dan pembelajaran bahasa lain meluaskan lingkungan komunikasi kita, mewujudkan persefahaman, sekaligus mengeratkan hubungan ukhuwah.
Bahasa Ibundaku ternoda
Pagi tadi saya menelefon kedua-dua ibu bapa saya bagi bertanyakan khabar. Bahasa komunikasi pertama dalam keluarga saya ialah bahasa kayan. Bahasa kayan merupakan dialek yang terdapat di Sarawak. Hal ini disebabkan saya merupakan anak jati kayan yang juga dikenali sebagai orang Ulu. Syukur mereka dalam keadaan baik. Ibu saya bertanyakan berkenaan isu tsunami yang kini melanda Jepun. Saya sedaya-upaya menerangkan dan menterjemahkan bahasa Melayu dalam bahasa Kayan. Semasa saya menerangkan keadaan sebenar, saya menyedari bahawa bahasa penyampaian saya tidak seasli bahasa Kayan sebenarnya, kerana saya mencampuradukkan bahasa ibunda saya dengan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan faktor pesekitaran. Ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan saya, kami akan berkomunikasi dalam bahasa Melayu standard dan bahasa Melayu Sarawak. Kebiasaan saya berkomunikasi dalam bahasa Melayu menyebabkan saya kurang mempraktikkan bahasa Kayan dalam kehidupan seharian yang jauh dari lingkungan bahasa saya, di samping saya merupakan guru bahasa Melayu. Terdapat beberapa perkataan bahasa Melayu yang saya guna dalam percakapan saya:
- bocor (bahasa Melayu) - habut (bahasa Kayan)
- teguh (bahasa Melayu) - ka'it, tageng
- struktur (bahasa Melayu)- gaya
Itulah antara perkataan yang saya serapkan dalam bahasa Kayan.
Untuk pengajaran, saya akan memperbaik dan mempertingkatkan penguasaan pemilihan kata dalam bahasa Kayan. Saya akan sedaya upaya tidak akan mencampurkan bahasa dalam setiap bahasa. Bahasa itu tulen dan harus diujarkan sebaik-baiknya.
Dialek Kelantan
DIALEK Kelantan merupakan salah satu daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa kata, dan makna. Bagi terus memelihara khazanah bahasa yang cukup berharga ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) mengadakan rancangan Rampai Budaya : Kayanya Bahasa Kita yang disiarkan secara langsung melalui siaran Kelantan FM pada setiap hari Khamis, jam 5.15 petang hingga 6.00 petang. Sejak tahun 2006 rancangan ini diadakan bertujuan untuk mencari gali khazanah kekayaan dialek Kelantan agar tidak luput ditelan zaman. Di samping berupaya meningkatkan kefahaman generasi muda tentang penggunaan bahasa lama yang jarang digunakan dan tidak sebati dalam kehidupan mereka. Dua orang Munsyi Dewan, Tuan Haji Mohamad Haron dan Encik Abdullah Yassin sebagai pengkaji dan pemudah cara yang bersama-sama dengan pendengar dari seluruh negeri Kelantan untuk berkongsi maklumat tentang penggunaan dialek Kelantan yang dituturkan oleh masyarakat di sini. Bagi menambahkan keberkesanan rancangan ini, DBPWT mengambil pendekatan memperkenalkan satu perkataan pada setiap rancangan, manakala pendengar yang menelefon akan memberi maklum balas dari segi maksud dan perkataan lain yang digunakan di tempat mereka. Hasil daripada rancangan ini, DBPWT berjaya mengumpul sejumlah kosa kata dan istilah dalam dialek Kelantan yang pastinya akan menjadi dokumentasi yang berguna kepada masyarakat dan pengkaji pada masa ini dan pada masa yang akan datang. Antaranya ialah bojeng yang membawa makna gaya rambut, kuis (gerakkan benda dengan kaki), selak (pengsan) papah (guntingan pendek rambut), jirek (pijak), kuca bara (suasana yang bersepah), gelap gelemak (hitam yang amat sangat) dan banyak lagi. Untuk mengetahui perkataan-perkataan lain, pembaca boleh mendengar rancangan menerusi saluran Kelantan FM.
Berdasarkan pernyataan di atas, banyak langkah yang diambil bagi melestarikan dialek Kelantan. Hal ini menjadi inspirasi kepada saya sekaligus memotivasikan saya dalam melestasrikan bahasa ibunda iaitu dialek Kayan agar tidak lenyap ditelan zaman memandangkan pencemaran bahasa dalam penutur natif bahasa itu sendiri. Jika tidak, lenyaplah bahasa sekaligus budaya orang Kayan sekiranya tiada langkah progresif. Tanpa bahasa, siapalah kita. Bahasa jiwa bangsa.
Pelat
Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa pelat membawa maksud kurang betul ketika mengucapkan kata-kata. Masalah pelat ini mungkin berpunca daripada masalah alat artikulasi kita. Adakalanya, ia mungkin berpunca daripada masalah kefahaman dan kebiasaan kita terhadap sesuatu bahasa. Kadang-kadang pelat adalah disebabkan pembawaan semasa masih kecil lagi. bagi situasi ini, ibu bapa membiarkan anak-anak mereka dengan pelat mereka tanpa membaiki sebutan anak-anak mereka. Semasa kuliah Karya Agung yang diajar oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan meminta kami membuat pembentangan berdasarkan tugasan yang diberi. Semasa seorang pelajar perempuan yang tersasul dalam mengujarkan frasa 'Sultan Mansur Shah'. Pelajar tersasul dengan menyebut frasa tersebut sebagai [Syultan Mansyor Sah ]. Prof. telah meminta pelajar tersebut mengulangi frasa tersebut sehingga betul. Dalam situasi di atas, masalah pelat yang dialaminya sebenarnya berpunca daripada alat artikulasinya lalu menyebabkan dia gagal menyebut abjad 's' dengan betul. Prof. juga menyatakan bahawa pelajar suka menggugurkan fonem [ r ] apabila mengujar perkataan besar menjadi [ besa ]. Selain huruf [ r ], bunyi seperti [ s ] , [ l ], [ h ] , [ l ] dan [ a ] juga tidak boleh dihilangkan. Prof menyatakan bahawa pengujaran dan penyebutan sesuatu perkataan perlulah betul dan tidak boleh mengambil remeh perkara tersebut.
Oleh sebab itu, kita bersekolah bukan hanya mengejar cita-cita semata-mata, tetapi ilmu perlulah diamalkan dan dihayati, dan bukannya hanya sekadar hafalan untuk berjaya sahaja. Melalui pengajian kita dalam bidang fonetik dan fonologi, sebenarnya mendedahkan kita kepada aturan pengucapan dan penyebutan yang sebetulnya, di samping juga dalam mengatasi masalah pelat. Selain itu, kita sebagai guru harus peka dengan pengujaran perkataan anak-anak murid kita agar masalah penyebutan, dialek atau pelat dapat diperbaik dari semasa ke semasa.
Oleh sebab itu, kita bersekolah bukan hanya mengejar cita-cita semata-mata, tetapi ilmu perlulah diamalkan dan dihayati, dan bukannya hanya sekadar hafalan untuk berjaya sahaja. Melalui pengajian kita dalam bidang fonetik dan fonologi, sebenarnya mendedahkan kita kepada aturan pengucapan dan penyebutan yang sebetulnya, di samping juga dalam mengatasi masalah pelat. Selain itu, kita sebagai guru harus peka dengan pengujaran perkataan anak-anak murid kita agar masalah penyebutan, dialek atau pelat dapat diperbaik dari semasa ke semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terpatri Abadi
Hiburan |