Walaupun kita pandai berbahasa, namun kita perlu mengetahui etika dan etiketnya. Berbahasa sesungguhnya mudah, namun tidak bermakna kita boleh menghamburkan segala ujaran kita. Walaupun kita lantang sekalipun, kita perlu memilih kata-kata terbaik agar tidak menimbulkan sentiviti atau menyinggung perasaan pihak lain. Realitinya, apa yang saya perhatikan, seluruh bangsa di Malaysia memiliki perkataan yang sama, tetapi pembawaan makna yang tidak sama. Kita lihat contoh frasa atau perkataan yang menimbulkan kontroversi dalam pengujaran:
nate beruk (dialek Kelantan) - binatang beruk ( makna tersurat dalam bahasa Melayu baku)
Jika dilihat dari makna dialek kelantan, frasa 'nate beruk' merujuk kepada ujaran yang bermakna negatif. Kawan kelantan saya menerangkan kepada saya bahawa frasa tersebut tidak boleh diujarkan sembarangan kerana menimbulkan sensitiviti seseorang. Jika dalam bahasa Melayu standard mahupun bahasa Sarawak, frasa tersebut merujuk kepada binatang yang sama spesies dengan orang utan.
budu (dialek Kelantan) - bodoh ( dialek Sabah)
Budu dalam dialek Kelantan merujuk kepada makanan seperti sambal belacan manakala dalam dialek Sabah, budu merupakan kata sifat iaitu bodoh.
kemek (dialek Kelantan) - kemek (dialek Iban, Sarawak)
Kemek dalam dialek Kelantan merujuk kepada sistem panggilan dalam institusi keluarga di negeri Kelantan manakala kemek dalam dialek Iban pula bermakna perbuatan membuang air kecil.
Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat persamaan dari segi perkataan tetapi pembawaan makna yang berbeza. Jadi, berhati-hatilah ketika berbahasa dengan orang lain. Eloklah kita sebagai penutur menggunakan bahasa Melayu standard sebagai bahasa pengucapan atau bahasa lisan antara dua pihak bagi memudahkan pemahaman dan mengelak dari sebarang menyalahtafsirkan bahasa orang.Sesungguhnya, bahasa merupakan alat penyatuan antara dua pihak yang berlainan bangsa dan bahasa.
Friday, March 18, 2011
Lewah
Tidak dapat dinafikan bahawa sikap individu yang memandang remeh terhadap aspek penggunaan bahasa mengundang pencemaran bahasa terutamanya unsur lewah sama ada disedari mahupun tidak disedari. Antara gejala pencemaran bahasa adalah penggunaan lewah. Penggunaan unsur lewah adalah tidak gramatis, iaitu salah dari aspek hukum tatabahasa. Antara contoh unsur lewah dalam penggunaan:
- cuba try
- maaf sorry
- tolong please
- main game
Bahasa Zaman Sekarang
Pada masa ini, terdapat pelbagai bahasa yang dikomunikasi. Antaranya bahasa slanga yang sememangnya dituturkan dalam kalangan remaja, khususnya. Ada-ada sahaja perkataan baru yang tercipta semasa proses komunikasi berlaku dan sekaligus dijadikan budaya dalam konteks sosial. Apabila disebut bahasa slanga, penggunaannya adalah dalam situasi tidak rasmi, dibudayakan dalam kalangan umur yang sebaya. Bahasa slanga bukanlah bahasa baku atau bahasa tinggi. Perkataan dalam perkamusan perkataan bahasa Melayu standard diubah ke dalam pemahaman bahasa mereka sendiri. Antara perkataan yang terdapat dalam slanga ialah:
- cun-melecun (lawa)
- kacang (senang)
- blah , chow,cabut ( pergi)
- poyo
- sekodeng (mengintai, mengintip)
- balak, pakwe, makwe
- siot, biul
Thursday, March 17, 2011
Bahasa melalui bicara kata, bahasa juga melalui tingkahnya.
Bahasa terdiri daripada bahasa lisan dengan bahasa tulisan. Bahasa tidak semestinya diujar atau dibicarakan, yang semesti merupakan tanggungjawab organ mulut, namun bahasa juga terdiri dalam bentuk susunan huruf yang menjadi wacana yang bermakna. Selain itu, bahasa juga terdiri daripada bahasa badan dan bahasa isyarat. Perkara yang penting dalam penyampaian bahasa adalah komunikasi dua hala, persepsi, dan ekspresi muka. Di sini, saya ingin tekankan bahawa respon merupakan perkara yang amat penting dalam berbahasa. Apakah perasaan anda apabila anda umpama tidak terlayan hanya kerana tiada respon walau hanya melalui bahasa isyarat atau bahasa badan. Antaranya dengan senyuman. Melalui senyuman kita dapat membuat tafsiran bahawa seseorang itu bersetuju, gembira, dan sebagainya sebagai tanda penghargaan sekaligus menunjukkan respon positif.
Begitu juga dengan bahasa badan seperti menggeleng kepala, mengangkat bahu, melambaikan tangan, dan sebagainya. Penyampaian bahasa adalah pelbagai, namun penggunaannya perlulah beretiket dan berasas. Perkara yang saya maksud di sini ialah ada kalanya kita bercakap, ada kalanya kita meyelitkan bahasa badan. Tidak wajar sekiranya kita hanya memberi respon dengan bahasa badan semata-mata, tetapi eloklah kita melontarkan bahasa kita secara lisan. Jangan pula kita langsung tiada memberi respon kepada orang yang bercakap dengan kita kerana dalam konsep komunikasi, berlakunya dua hala, iaitu antara pengucap dan penerima. Dalam entri kali ini, saya mengutarakan bahasa bukan lisan, iaitu bahasa badan dan bahasa isyarat. Sememangnya, kita mengetahui bahawa bahasa disampaikan melalui susunan kata, namun bahasa juga dapat disampaikan melalui tingkahnya. Hal ini menunjukkan keadaban kita berkomunkasi dengan orang lain dengan meberi penghargaan dan pemahaman kita pada bicaranya melalui bahasa, baik bahasa lisan mahun bahasa bukan lisan.

Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris merupakan bahasa dunia dan bahasa antarabangsa. Di mana-mana, tanpa mengira masa, tidak pernah pun dalam kalangan rakyat Malaysia, kecuali pejuang bahasa mahupun ahli bahasa, tertinggal menggunakan perkataan bahasa Inggeris,baik dalam situasi formal mahupun tidak formal. Malahan, barisan kabinet kerajaan juga turut mengasimilasikan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Jika dilihat alasan dan pernyataan sesetengah pihak, bahawa berbahasa Melayu sepenuhnya agak ketinggalan zaman. Maka hal ini bermakna, mereka mengasimilasikan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu hanya kerana mengejar arus pemodenan dan pembangunan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa bahasa Melayu tidak standard dan kuno. Betapa saya mengesali rakyat Malaysia yang bermentaliti sebegitu dengan mengagung-agungkan bahasa penjajah sehingga mengetepikan bahasa kebangsaan negara seperti yang terkandung dalam Perkara 152 Pelembagaan Persekutuan. Antara bahasa Inggeris yang diasimilasikan dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
- busy - sibuk
- well, okey - baik
- i love you - Saya sayang awak
- I - Saya
- You - awak
- sistem panggilan keluarga:
- uncle, aunt - pak cik, mak cik
- daddy, mummy - ayah, emak
- bro, sis - abang, kakak
- Thanks, thank you - terima kasih
Ada pula antara mereka yang sesuka-hati menterjemahkan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan yang tidak terdapat dalam perkamusan Melayu. Ada pula mereka menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tetapi pengujarannya ala kebaratan. Macam-macam pencemaran penggunaan bahasa Melayu yang saya dapati. Tidak salah kita menggunakan bahasa Inggeris tetapi dengan beberapa syarat dan bertempat. Antaranya, menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dan standard tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu seperti yang dikatakan oleh salah seorang pensyarah saya. Berbahasalah dengan betul dan beretiket. Betapa agungnya suatu bahasa yang menjadi identiti dan cerminan bangsa.
Gila sebagai penguat?
Lazimnya, makna gila merujuk kepada abnormal atau ketidakwarasan. Namun, dalam perbualan kita terdapat juag penggunaan perkataan gila. Namun, gila dalam konteks perbualan kita bukan bermakna tidak waras mahupun hilang akal. Tanpa kita sedari, penggunaan perkataan gila dalam dialog atau perbualan kita memainkan peranan sebagai kata penguat. Kata penguat selalunya hadir bersama kata yang berunsurkan sifat, iaitu sangat, paling, nian dan sebagainya. Namun dalam bahasa seharian, kebanyakan kita menggunakan perkataan gila sebagai pengganti kata penguat. Contohnya:
"Panas gila la hari ni"
"Ish, banyak gila kerja"
"Lama gila dia ni. Bila nak sampai"
Berdasarkan petikan dialog di atas, gila dalam konteks penggunaannya menggantikan kata penguat 'sangat'. Tidak saya nafikan bahawa perkataan 'gila' yang mengambil fungsi kata penguat ternyata fleksibel dan sesuai penggunaan dalam konteks ayat. Namun, penggunaan perkataan gila yang bercirikan fungsi kata penguat menyalahi hukum tatabahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada dinyatakan oleh ahli-ahli bahasa bahawa 'gila' merupakan tergolong dalam kata penguat. Jika kita lihat, penggunaan perkataan 'gila' selalu digunakan oleh golongan remaja, dan sesungguhnya dalam bahasa pasar. Pada suatu hari nanti, tidak mustahil penggunaan 'gila' diangkat menjadi kata penguat, namun perlu dilihat dari segala aspek dan kesesuaian. Tanpa disedari, perbualan kita sebagai penutur natif secara tidak langsung menyumbangkan idea dalam ilmu tatabahasa. Betapa kayanya bahasa kita, Bahasa Melayu yang dinamik dan fleksibel. Cintailah bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Ada apa dengan Orang Serumahku?
Saya menyewa rumah di Bahtera Teres bersama-sama dengan rakan sekursus, iaitu Apei. Dalam rumah tersebut terdiri daripada 12 orang, dua orang dalam suatu bilik. Penyewa bersama dengan saya di rumah tersebut adalah terdiri daripada ialah berbangsa Cina dan berbangsa India. Kami jarang berkomunikasi disebabkan kesibukan berkuliah, dan berlainan tingkat semester. Namun, terdapat beberapa perkara yang menimbulkan kontroversi dalam rumah saya. Namun perkara yang menjengkelkan saya adalah kebisingan daripada penyewa tingkat bawah. Walaupun sudah pukul 12 tengah malam. Mereka asyik membuat bising dengan hilaian ketawa, dan bersembang dengan suara yang kuat. Kadang-kadang, kedengaran mereka berkejar-kejaran sambil menjerit dan ketawa, sehingga pernah sekali saya mendengar komen daripada jiran sebelah yang menyatakan rumah kami terlalu bising hingga mengganggu ketenteraman orang lain. Selain membuat bising, mengumpat lagi. Di manakah letaknya budi bahasa dalam diri mereka? Sekiranya saya melakukan perkara yang sama tatkala mereka sedang mengulang kaji dan tidur? Sudah tentu mereka akan marah dan hilang kesabaran. Walaupun kita mempunyai hak, tetapi janganlah kita menyalahgunakan hak tersebut tanpa memikirkan orang lain yang memiliki hak yang sama. Tingkah laku dan perangai mencerminkan personaliti kita.
Satu yang Pelbagai
Satu merujuk kepada kata bilangan dan jelas menunjukan bilangan yang amaat sedikit dan terhad. Jika dilihat dari aspek bahasa, tajuk entri pada kali ini mempunyai kaitan dengan aspek makna iaitu dalam bahagian hiponim.
Hiponim merupakan perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan suatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan superordinat. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai kelas bagi segolongan perkataan. Contohnya;
Warna ( Hiponim ) - Merah, biru, hijau, kuning, kelabu, merah jambu, hitam
Berdasarkan di atas, warna adalah terdiri daripada pelbagai jenis warna seperti yang dinyatakan di atas. Hal ini bermakna, warna tidak terhad pada satu sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai warna. Tanpa kita sedari, dalam kehidupan seharian kita, kita juga mengaplikasikan hiponim. Dalam situsasi harian kita dan bukannnya akademik atau ilmiah, hiponim merujuk kepada kekerapan dan kepopularan barangan yang kita guna. Mari kita lihat situasi yang berikut:
Situasi adik dan ayah:
Suatu hari, adik meminta ayahnya membeli Colgate. Sejurus itu, ayah membeli Colgate untuk adik. Ayah memberi Colgate kepada adik tetapi adik mengerutkan muka. " Ayah, adik bukan maksudkan yang ini" sambil menunjukkan Colgate kepada ayahnya. Mak menyampuk lalu meyatakan kepada ayah bahawa adik menyuruh ayahnya membeli ubat gigi kesukaannya, iaitu jenama Lion. Mak menyatakan bahawa adik menggunakan nama Colgate bagi merujuk kepada ubat gigi.
Berdasarkan situasi di atas, kita sesungguhnya mengalami kekeliruan. Hal ini bermakna kita kita melambangkan sesuatu barangan dengan barangan yang sememangnya dikenali dengan merujuk kepada barangan lain yang terlingkung dalam kumpulan yang sama iaitu ubat gigi. Yang membezakan ubat gigi ialah jenamanya, Begitu juga halnya mi segera yang selalu diujarkan oleh kita seperti Maggi, begitu juga air oren yang merujuk kepada air sirap. Perlambangan ini sememangnya baik kerana ia hanya memerlukan pemahaman dua pihak, sekiranya tidak akan menimbulkan kekeliruan seperti dalam situasi adik dan ayah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Terpatri Abadi
Hiburan |