Siapa Yang Mengikutku?

Wednesday, June 8, 2011

Aku Abadikan Segalanya tentang ORANG ITU di sini:

Sungguh tidak disangkakan, bahawa hubungan itu tidak berkekalan. Sudah tentu ada sebarang kemungkaran. Sememangnya, indah pada tika bersama..pada awalnya, apa yang berlaku sememangnya menusuk kalbu..membuatkan aku tersangat sayang..sungguh aku menyayangi orang itu..ku akui bahawa aku terus menerimanya tanpa berkenal secara lama. Ku akui bahawa orang itu sememangnya penyayang..pendek kata, sebetulnya hatiku terpaut kepadanya. Pertemuan pertama di KL menjadi kenangan yang sangat terindah dalam hidupku..tatkala itu, aku benar-benar menyayanginya..aku tidak memilih rupa,,tidak juga standard dan status. Orang itu muda daripadaku. Mama dan dd kurang setuju dengan pilihanku. Hanya kerana orang itu muda, kemungkinan keseriusan itu takkan bertapak lama..bukan dicop sebagai ‘womanizer’ tetap pasti akan ke arah itu sebab tidak matang. Dugaan pertama, kawan kepada kawanku memberitahu bahawa orang itu sebenarnya ‘playboy’. Betapaku ‘frust’ apabila mengetahuinya. Ketika itu, ku sungguh pelik. Betapa kawanku mengambil berat akan ku..Pada suatu ketika, kebenaran itu menonjol sedikit, apabila ku menemui sesuatu..betapa sedihnya aku. Dugaan kedua : semenjak balik ke kampungnya, orang itu jarang ‘contact’ ku..tidak seperti biasa. Tambahan pula, orang itu selalu ‘outing’..time orang itu outing, orang itu tidak membalas mesejku. Bergaduh. Dugaan keempat : ku membaca chat orang itu dengan ‘aunt’nya. Betapa aku kecewa. Ku tidak pernah pun mengambil kira paras rupanya bagaimana. Tetapi dia menilai ku. Bukan ku kecewa ku tidak cantik, tapi ku kecewa sebab orang itu tegar mengeluarkan pernyataan begitu. Dugaan keempat : aku mendapati bahawa kebanyakan orang yang di’add’ orang itu adalah perempuan. Aku tergugat. Selain itu, orang itu juga melayan perempuan – perempuan sehingga mengetepikanku..bukan ku hendak menghalang atau meyekat social orang itu, tetapi orang itu tidak bercakap benar dengan ku. Aku terasa diriku diperbodohkan. Aku juga ingin menjadi satu-satunya perempuan di dalam hidup orang itu. T.T.... Bergaduh besar. Ku mana tahan. Selepas itu, dia meng’off’ hp..block ku dr facebook. Bayangkan. Orang itu sanggup block ku dalam facebook..perkara itu memang benar, itulah hakikatnya. Saya mengetahui semuanya oleh saya sendiri. Orang itu tidak memberitahu saya. T.T..ingatkan dia mengakui kesilapan dia dan memohon maaf..jauh sekali. Ku terseksa,.kerana sayang, ku yang meminta maaf padanya. Sesungguhnya ku begitu kecewa..andainya orang itu tahu betapa ku sayangnya walaupun kecewa dengan pernyataan orang lain terhadapnya. Sejak itu, dia berubah sama sekali. Tersangat berubah. Ku makan hati. Sangat. T.T..betapa ku meyayanginya..ku berusaha untuk menepis segala spekulasi dan menidakkan kebenaran, tetapi itulah hakikatnya. Ku tidak ingin membenci, agar ku tidak ingat padanya. Junior maven di hati, begitu juga fergie n frogie..bukan mudah utk mengubat kekecewaan. Ku berharap ku dapat melupakannya..ku abadikan di sini..