Siapa Yang Mengikutku?

Friday, January 28, 2011

Akui Anak Kayan ( Saya anak Kayan)

Dohnyam Kayan ( Perempuan Kayan)

Kaum Kayan merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram diBorneo. Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang Dayak.
Kaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Mereka dikategorikan ke dalam golongan Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai. Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.

BAHASA

Setiap rumah panjang kaum Kayan yang terdapat di Belaga, bahasa mereka agak lain dan nada pertuturan juga agak berbeza antara satu dengan yang lain.

Selamet jihima- selamat pagi
nun dengah- apa khabar
akui -saya
ikak -awak
nyalam- sayang
liveng/kawah- rindu
sayu- baik
jan-tak
marong-betul
jam-tau
ok tua-sikit saja
kuman-makan
ikem-suka
kanen-nasi
jinun- tak ada
musang-keluar
nun nun tua- apa apa saja
ikem - suka
duya - malas

Kajian sarjana seperti Prentice D.J. (1971) dan lain-lain mengesani bahawa bahasa Kayan memiliki persamaan dengan bahasa Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Tagel dan Tabun sebelum bahasa-bahasa tersebut membentuk ciri-ciri tersendiri. Meskipun wujud beberapa perbezaan dari segi perbendaharaan kata, tetapi kebanyakan merupakan variasi sahaja.

No comments:

Post a Comment