Siapa Yang Mengikutku?

Friday, January 28, 2011

Lain dicakap, lain difahami

Pada suatu hari, saya dan kawan saya bercadang untuk memasak. Menu yang kami pilih adalah masakan tomyam. Inilah pertama kalinya saya memasak tomyam. Berikut merupakan perbualan antara kawan saya dan saya.
Kawan: Semua bahan dah ada ke belum?
Saya    : Dah ada semuanya. Jangan risau.
Kawan: Jangan lupa lada.
Saya     : Lada? Ada ke orang masukkan lada dalam tomyam?
Kawan : Laa. Orang memang masukkan lada dalam tomyam.Tujuannya untuk bagi tomyan
                pedas.
Saya pun menyediakan bahan-bahan untuk memasak tomyam. Dalam banyak-banyak bahan, saya berasa pelik dengan penggunaan lada dalam tomyam. Saya akui saya amat meminati tomyam, tetapi saya tidak pernah pun merasa tekstur lada dalam masakan tomyam ketika saya menikmati tomyam di kedai makan. Hal tersebut menjadi persoalan dalam benak fikiran saya. Saya mengagak kawan saya mencipta menu baru dengan memasukkan lada dalam tomyam.
Ketika memasak.
                Kawan : Mana lada, chris?
                Saya     : La, ni la lada. Lada jenama apa pula yang awak cari lagi?
                Kawan : Bukan lada ni la.Saya maksudkan cili.
                Saya    : Cili??
Inilah pertama kali saya mendengar bahawa lada itu adalah cili. Kalau di Sarawak, lada itu merujuk kepada lada hitam, dan bukannya cili. Cili di Sarawak dikenali sebagai cili, cabik, cabai, dan lain-lain lagi, yang pasti bukan lada.

Saya menyedari bahawa, setiap etnik atau bangsa mempunyai simbolik bahasa tersendiri walaupun mempunyai perkataan atau istilah yang sama. Walaupun perkataan tersebut adalah sama, tetapi makna dari segi gramatikal dan konteks adalah berbeza. Sebaik-baiknya, kita harus memahami bahasa dan budaya orang lain demi pesefahaman yang  jitu yang bukannya berunsurkan asimilasi tetapi menghormati dan menghayati budaya dan bahasa orang lain. 


Lada hitam 
Cili



              



No comments:

Post a Comment