Siapa Yang Mengikutku?

Wednesday, March 16, 2011

Kakak II

Kakak II memaparkan versi lain berbanding situasi kakak I. Kakak II mengisahkan kekeliruan budak kecil akan sistem panggilan kakak. Seperti yang saya nyatakan dalam Kakak I, kakak juga merupakan sistem panggilan dalam institusi keluarga. Dalam institusi keluarga, kakak merupakan tua dalam pertalian adik-beradik. Kakak II melibatkan seorang budak perempuan yang beranggapan bahawa panggilan ‘kakak’ merupakan hak mutlak. Dalam sebuah keluarga, seorang suami isteri memiliki dua orang anak. Kedua-dua orang  anaknya merupakan perempuan. Anak yang sulung digelar ‘kakak’ manakala anak bongsu digelar adik. Secara logiknya, panggilan kakak diberi agar dapat menanam rasa tanggungjawab si anak yang lebih tua terhadap adiknya, di samping menuntut anak supaya beradap. Suatu hari, suami isteri tersebut menyuruh saya menjaga anaknya yang sulung kerana mereka hendak membawa anak bongsu mereka ke klinik. Berikut merupakan dialog saya dengan budak perempuan tersebut.
                
            Saya : Adik, adik lapar ke? Kalau adik lapar, beritahu kakak ya.
            Adik : ( Dia tidak mengendah percakapan saya kepadanya)
Saya : Adik.. Adik (memanggilnya dengan lembut tetapi dia tidak menghiraukan panggilan saya. Saya lalu menuju ke arahnya.
Saya : Adik, kakak tanya ni. Adik lapar?
Adik : Adik tidak ada. Mak Ayah pergi bawa adik pergi jumpa doktor. Yang ada Cuma kakak. Saya ja kakak. Tidak ada kakak lain.

Saya hanya tersenyum dengan jawapan ‘kakak’. Dia yang muda daripada saya adalah ‘kakak’. Jadi, saya memanggilnya kakak, kerana berdasarkan pemahaman budak perempuan tersebut, panggilan kakak adalah khas untuk dia dan mutlak. Hal ini adalah disebabkan budak perempuan tersebut sudah terlatih dan terbiasa dengan panggilan oleh ibu bapanya. Walaupun terdapat percanggahan pengetahuan, budak perempuan tersebut masih membahasakan dirinya 'kakak'. Secara tidak langsung, budak perempuan tersebut telah terdedah pada kesopanan dan adab.

No comments:

Post a Comment