Siapa Yang Mengikutku?

Thursday, March 17, 2011

Teguran atau Tengkingan

Pada petang semalam, selepas pulang daripada kelas,  saya pergi ke pekan dengan menggunakan bas UPSI. Di dalam bas itu terdapat beberapa pelajar yang menuju ke pekan. Setelah sampai kami turun dari bas dan hendak menyeberang. Tiba-tiba saya terkejut dengan bunyi yang kuat. Saya berpaling ke arah bunyi tersebut dan mendapati bahawa suatu kemalangan hampir berlaku antara kereta dan sekumpulan pelajar yang menyeberang. Syukur, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku. Pemandu kereta tersebut keluar dan berkata :

"Korang ni melintas jalan guna apa"
"Harap belajar je tinggi, tapi bodo juga melintas jalan"
"Buta ke? Nak mati awal ke?"

Itulah antara ayat yang saya dengar daripada hamburan amarah lelaki tersebut. Walau marah sekalipun, elok lah kita mengawal emosi kita. Sekiranya emosi kita tidak terkawal, maka secara langsung akan memperngaruhi ker kerasionalan kita. Eloklah menegur dengan ayat yang lebih halus yang berisi dengan pengajaran. Begitu juga kepada pesalah iaitu sekumpulan pelajar tersebut. Mereka harus menerima teguran tersebut sebagai peringatan dan pengajaran kerana dalam senario tersebut mereka sememangnya bersalah. Bak kata pepatah Melayu, "ambil yang jernih buang yang keruh". Berkata-katalah berasaskan akal pemikiran, bukan mengikut hati dan perasaan.

No comments:

Post a Comment