Siapa Yang Mengikutku?

Thursday, March 17, 2011

Ada apa dengan Orang Serumahku?

Saya menyewa rumah di Bahtera Teres bersama-sama dengan rakan sekursus, iaitu Apei. Dalam rumah tersebut terdiri daripada 12 orang, dua orang dalam suatu bilik. Penyewa bersama dengan saya di rumah tersebut adalah terdiri daripada   ialah berbangsa Cina dan berbangsa India. Kami jarang berkomunikasi disebabkan kesibukan berkuliah, dan berlainan tingkat semester. Namun, terdapat beberapa perkara yang menimbulkan kontroversi dalam rumah saya. Namun perkara yang menjengkelkan saya adalah kebisingan daripada penyewa tingkat bawah. Walaupun sudah pukul 12 tengah malam. Mereka asyik membuat bising dengan hilaian ketawa, dan bersembang dengan suara yang kuat. Kadang-kadang, kedengaran mereka berkejar-kejaran sambil menjerit dan ketawa, sehingga pernah sekali saya mendengar komen daripada jiran sebelah yang menyatakan rumah kami terlalu bising hingga mengganggu ketenteraman orang lain. Selain membuat bising, mengumpat lagi. Di manakah letaknya budi bahasa dalam diri mereka? Sekiranya saya melakukan perkara yang sama tatkala mereka sedang mengulang kaji dan tidur? Sudah tentu mereka akan marah dan hilang kesabaran. Walaupun kita mempunyai hak, tetapi janganlah kita menyalahgunakan hak tersebut tanpa memikirkan orang lain yang memiliki hak yang sama. Tingkah laku dan perangai mencerminkan personaliti kita.




No comments:

Post a Comment