Siapa Yang Mengikutku?

Thursday, March 17, 2011

Bahasa melalui bicara kata, bahasa juga melalui tingkahnya.

Bahasa terdiri daripada bahasa lisan dengan bahasa tulisan. Bahasa tidak semestinya diujar atau dibicarakan, yang semesti merupakan tanggungjawab organ mulut, namun bahasa juga terdiri dalam bentuk susunan huruf yang menjadi wacana yang bermakna. Selain itu, bahasa juga terdiri daripada bahasa badan dan bahasa isyarat. Perkara yang penting dalam penyampaian bahasa adalah komunikasi dua hala, persepsi, dan ekspresi muka. Di sini, saya ingin tekankan bahawa respon merupakan perkara yang amat penting dalam berbahasa. Apakah perasaan anda apabila anda umpama tidak terlayan hanya kerana tiada respon walau hanya melalui bahasa isyarat atau bahasa badan. Antaranya dengan senyuman. Melalui senyuman kita dapat membuat tafsiran bahawa seseorang itu bersetuju, gembira, dan sebagainya sebagai tanda penghargaan sekaligus menunjukkan respon positif.


Begitu juga dengan bahasa badan seperti menggeleng kepala, mengangkat bahu, melambaikan tangan, dan sebagainya. Penyampaian bahasa adalah pelbagai, namun penggunaannya perlulah beretiket dan berasas. Perkara yang saya maksud di sini ialah ada kalanya kita bercakap, ada kalanya kita meyelitkan bahasa badan.  Tidak wajar sekiranya kita hanya memberi respon dengan bahasa badan semata-mata, tetapi eloklah kita melontarkan bahasa kita secara lisan. Jangan pula kita langsung tiada memberi respon kepada orang yang bercakap dengan kita kerana dalam konsep komunikasi, berlakunya dua hala, iaitu antara pengucap dan penerima. Dalam entri kali ini, saya mengutarakan bahasa bukan lisan, iaitu bahasa badan dan bahasa isyarat. Sememangnya, kita mengetahui bahawa bahasa disampaikan melalui susunan kata, namun bahasa juga dapat disampaikan melalui tingkahnya. Hal ini menunjukkan keadaban kita berkomunkasi dengan orang lain dengan meberi penghargaan dan pemahaman kita pada bicaranya melalui bahasa, baik bahasa lisan mahun bahasa bukan lisan.

No comments:

Post a Comment