Siapa Yang Mengikutku?

Thursday, March 17, 2011

Gila sebagai penguat?

Lazimnya, makna gila merujuk kepada abnormal atau ketidakwarasan. Namun, dalam perbualan kita terdapat juag penggunaan perkataan gila. Namun, gila dalam konteks perbualan kita bukan bermakna tidak waras mahupun hilang akal. Tanpa kita sedari, penggunaan perkataan gila dalam dialog atau perbualan kita memainkan peranan sebagai kata penguat. Kata penguat selalunya hadir bersama kata yang berunsurkan sifat, iaitu sangat, paling, nian dan sebagainya. Namun dalam bahasa seharian, kebanyakan kita menggunakan perkataan gila sebagai pengganti kata penguat. Contohnya:

"Panas gila la hari ni"
"Ish, banyak gila kerja"
"Lama gila dia ni. Bila nak sampai"

Berdasarkan petikan dialog di atas, gila dalam konteks penggunaannya menggantikan kata penguat 'sangat'. Tidak saya nafikan bahawa perkataan 'gila' yang mengambil fungsi kata penguat ternyata fleksibel dan sesuai penggunaan dalam konteks ayat. Namun, penggunaan perkataan gila yang bercirikan fungsi kata penguat menyalahi hukum tatabahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada dinyatakan oleh ahli-ahli bahasa bahawa 'gila' merupakan tergolong dalam kata penguat. Jika kita lihat, penggunaan perkataan 'gila' selalu digunakan oleh golongan remaja, dan sesungguhnya dalam bahasa pasar. Pada suatu hari nanti, tidak mustahil penggunaan 'gila' diangkat menjadi kata penguat, namun perlu dilihat dari segala aspek dan kesesuaian. Tanpa disedari, perbualan kita sebagai penutur natif secara tidak langsung menyumbangkan idea dalam ilmu tatabahasa. Betapa kayanya bahasa kita, Bahasa Melayu yang dinamik dan fleksibel. Cintailah bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

No comments:

Post a Comment