Siapa Yang Mengikutku?

Thursday, March 17, 2011

Satu yang Pelbagai

Satu merujuk kepada kata bilangan dan jelas menunjukan bilangan yang amaat sedikit dan terhad. Jika dilihat dari aspek bahasa, tajuk entri pada kali ini mempunyai kaitan dengan aspek makna iaitu dalam bahagian hiponim.  
Hiponim merupakan perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna  perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan suatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan superordinat. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai kelas bagi segolongan perkataan. Contohnya;

Warna ( Hiponim ) - Merah, biru, hijau, kuning, kelabu, merah jambu, hitam

Berdasarkan di atas, warna adalah terdiri daripada pelbagai jenis warna seperti yang dinyatakan di atas. Hal ini bermakna, warna tidak terhad pada satu sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai warna. Tanpa kita sedari, dalam kehidupan seharian kita, kita juga mengaplikasikan hiponim. Dalam situsasi harian kita dan bukannnya akademik atau ilmiah,  hiponim merujuk kepada kekerapan dan kepopularan barangan yang kita guna. Mari kita lihat situasi yang berikut:

Situasi adik dan ayah:
Suatu hari, adik meminta ayahnya membeli Colgate. Sejurus itu, ayah membeli Colgate untuk adik. Ayah memberi Colgate kepada adik tetapi adik mengerutkan muka. " Ayah, adik bukan maksudkan yang ini" sambil menunjukkan Colgate kepada ayahnya. Mak menyampuk lalu meyatakan kepada ayah bahawa adik menyuruh ayahnya membeli ubat gigi kesukaannya, iaitu jenama Lion. Mak menyatakan bahawa adik menggunakan nama Colgate bagi merujuk kepada ubat gigi.

Berdasarkan situasi di atas, kita sesungguhnya mengalami kekeliruan. Hal ini bermakna kita kita melambangkan sesuatu barangan dengan barangan yang sememangnya dikenali dengan merujuk kepada barangan lain yang terlingkung dalam kumpulan yang sama iaitu ubat gigi. Yang membezakan ubat gigi ialah jenamanya, Begitu juga halnya mi segera yang selalu diujarkan oleh kita seperti Maggi, begitu juga air oren yang merujuk kepada air sirap. Perlambangan ini sememangnya baik kerana ia hanya memerlukan pemahaman dua pihak, sekiranya tidak akan menimbulkan kekeliruan seperti dalam situasi adik dan ayah.

No comments:

Post a Comment