Siapa Yang Mengikutku?

Saturday, March 19, 2011

ATM [ Mesin Pengeluar Duit ]

Kali ini, entri mengisahkan senario di bank, iaitu bank Islam di pekan Tanjung Malim, iaitu melibatkan transaksi atau pengeluaran wang.Di hadapan saya merupakan seorang perempuan dalam lingkungan 50-an yang hendak mengeluarkan manakala saya pula berada di belakangnya. Pada menu, saya melihat perempuan itu memilih aturan bahasa Inggeris. Sememangnya kebanyakan orang bukan Melayu akan menggunakan aturan bahasa Inggeris. Namun, perempuan itu membatalkan transaksinya. Lalu dia memasukkan kad ATM semula. Saya pda mulanya berasa pelik dengan tingkah laku perempuan itu. Dia mengeluarkan lagi kadnya lalu dia beredar ke mesin ATM sebelah. Dia menyatakan bahawa aturan bahasa Melayu tidak dapat, jadi dia berpindah ke mesin ATM sebelah. Bayangkan hanya kerana aturan Bahasa Melayu tiada terdapat dalam mesin tersebut, dia beredar ke mesin ATM yang lain.Betapa tingginya semangat patriotik perempuan tersebut.Perempuan itu berkata sebelum dia pergi, "sudah duk di Malaysia, gunalah bahasa Malaysia, bahasa yang kita tahu pengujarannya". Saya selama ini hanya memandang remeh terhadap perkara ini.

No comments:

Post a Comment