Siapa Yang Mengikutku?

Saturday, March 19, 2011

Cakap Besar

Manusia di dunia ini sememangnya baanyak ragam. Rambut sahaja yang sama warna, tetapi isi hati lain-lain. Saya mengenali seorang kawan yang bernama Siti (bukan nama sebenar). Siti seorang yang baik, cuma hanya satu sikap dia yang agak mengjengkelkan iaitu bercakap besar sebab terlalu yakin dan pandai. Dia memang seorang mulu murai, Setiap hari, ada sahaja cerita-cerita baru yang diceritakan.  Saya mengakui Siti seorang pelajar yang bijak dan berfikiran ke hadapan. Namun, ada kawan-kawan saya yang tidak menyukainya kerana dia suka bercakap besar dan tidak mahu mengalah. Jika dilihat dari latar belakang keluarga dia, boleh saya simpulkan bahawa dia begitu dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya kerana Siti merupakan anak tunggal. Maka, tidak hairanlah sikapnya yang bercakap besar dan tidak mahu mengalah. Semasa cuti sekolah, dia menyatakan dia melancong ke luar negara bersama keluarganya. Banyak perkara yang menarik melancong di luar negara. Selepas itu, Siti menyatakan dia akan melancong ke England. Yang mendengar hanya mengiakan dan ada yang berasa kagum walaupun ada sedikit tercalit perasaan cemburu. Banyak perkara yang diceritakan oleh Siti. Oleh disebabkan Siti, tidak mahu mengalah daripada orang lain, Siti bersungguh-sungguh menceritakan kepada kawannya. Kadang-kadang, ceritanya adalah tidak benar dan terdapatnya tokok tambahan.Tiada maknanya kita mencerita kesemuanya kepada orang, lebihlebih tujuan yang boleh menimbulkan kejengkelan, perasaan cemburu dan berunsurkan sindiran. Cukuplah sekadar mengatakan kita pernah mengalami dan melakukan sesuatu perkara yang mungkin menjadi kebanggaan dan kepuasan kepada kita yang belum dilalui oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment