Siapa Yang Mengikutku?

Saturday, March 19, 2011

Mereka

A: Awak, siapa lagi yang ikut lagi dalam program ini?
B: Mereka mereka ini la.

Berdasarakan situasi di atas, terdapat kesalahan dalam penggunaan kata ganti diri. Hal ini kerana mereka merujuk kepada bilangan manusia yang banyak. Namun, penutur suka mengulangi pengujarannya umpama kata ganda bagi menunjukkan bilangan yang ramai. Sememangnya dalam bahasa lisam tiada yang ketara berlakunya kesalahan tatabahasa, khususnya penggunaan kata ganti nama diri. Kita sebagai guru perlu memandang serius dalam bahasa lisan pelajar kita. Hal ini kerana sekiranya senario ini berterusan, pelajar akan mengalami masalah dalam penulisan yang mana mereka tidak dapat membezakan bahasa Melayu standard dan bahasa rojak atau bahasa basahan.

No comments:

Post a Comment