Siapa Yang Mengikutku?

Saturday, March 19, 2011

Loyar buruk atau Lawyer Buruk?

Menurut Kamus Dewan, loyar bermaksud orang yang suka berdebat. Apabila digabungkan perkataan loyar dan buruk, maka terjadilah 'loyar buruk' yang membawa maksud orang yang suka berdebat dan membuat hujah yang buruk. Jelasnya, 'loyar buruk' merujuk orang yang gemar membuat 'lawak bodoh' dan kadangkala ia menimbulkan rasa lucu dalam tindakan tersebut. Sesungguhnya, bahasa yang seringkali digunakan dalam situasi 'loyar buruk' ini sebenarnya bahasa yang mempunyai unsur humor. Hal ini kerana, orang yang gemar membuat 'loyar buruk' ini cuba memanipulasi perkara yang diucapkan oleh penutur. Tujuannya mungkin untuk berjenaka atau sekadar hiburan semata-mata. Jelas di sini loyar buruk merujuk kepada perbuatan dan sifatnya manakala lawyer merujuk pada pekerjaan dan sifatnya. Penggunaannya adalah mengikut makna dan konteks, dan bukannya mengikut sebutan. Namun, loyar buruk tidak haru diamalkan selalu walaupun berunsurkan humor kerana membuatkan seseorang tersebut memandang remeh dan tidak serius dalam menyatakan sesuatu hal yang melibatkan fakta dan kebenaran. Bagi saya, loyar boleh diamalkan tetapi mengikut situasi dan kena pada masanya.

No comments:

Post a Comment