Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Bahasa Zaman Sekarang

 Pada masa ini, terdapat pelbagai bahasa yang dikomunikasi. Antaranya bahasa slanga yang sememangnya dituturkan dalam kalangan remaja, khususnya. Ada-ada sahaja perkataan baru yang tercipta semasa proses komunikasi berlaku dan sekaligus dijadikan budaya dalam konteks sosial. Apabila disebut bahasa slanga, penggunaannya adalah dalam situasi tidak rasmi, dibudayakan dalam kalangan umur yang sebaya. Bahasa slanga bukanlah bahasa baku atau bahasa tinggi. Perkataan dalam perkamusan perkataan bahasa Melayu standard diubah ke dalam pemahaman bahasa mereka sendiri. Antara perkataan yang terdapat dalam slanga ialah:
  • cun-melecun (lawa)
  • kacang (senang) 
  • blah , chow,cabut ( pergi)
  • poyo
  • sekodeng (mengintai, mengintip)
  • balak, pakwe, makwe
  • siot, biul
Perkara yang amat menyedihkan adalah banyak perkataan lucah yang diujarkan dalam bahasa slanga. Tidak mustahil perkara seumpama ini akan berlaku kerana mereka (remaja) terus mencipta istilah baru dan perkataan baru. Kita sebagai guru Bahasa Melayu harus sedaya-upaya menangani masalah ini daripada menjadi parah. Hal ini disebabkan komunikasi secara lisan akan mempengaruhi dalam penulisan karangan. Tambahan, kosa kata dan perkataan berdaftar bahasa Melayu standard adalah kurang kerana dipengaruhi bahasa slanga sehinggakan mereka sebagai pelajar mengalami kekeliruan dalam pemilihan nahu terbaik dalam penulisan karangan. Selain itu, pengucapan bahasa slanga juga memberi kesan negatif terhadap komunikasi dan aspek sosial mereka yang kemungkinan besar mengundang kepada kemungkaran dunia.

No comments:

Post a Comment