Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Apabila Marah

Apabila berbicara tentang marah, sudah tentu berkait rapat dengan emosi. Emosi manusia sentiasa berubah mengikut keadaan yang dialami dan perkara yang dilaluinya. Begitu juga dengan saya yang menjalani hidup sebagai seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai asam garam yang saya lalui sepanjang saya bergelar mahasiswi. Mana tidaknya, saya agak emosional kerana bebanan tugasan yang diberi oleh pensyarah yang bertubi-tubi. Dalam hal ini, saya bukannya menolak tanggungjawab saya sebagai pelajar, tetapi hakikatnya pelajar mengalami tekanan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh berlainan pensyarah. Apabila marah, proses pemikiran kita akan menjadi lembap. Hal ini bermakna, kerasionalan dan kewarasan tiada berfungsi apabila kita marah. Setiap manusia melepaskan kemarahan dengan pelbagai cara, sama ada secara fizikal mahupun lisan. Antara contoh melepaskan kemarahan secara fizikal adalah merosakkan benda, mengoyakkan kertas, menumbuk dinding dan sebagainya. Namun, sebaliknya berlaku apabila kita melepaskan kemarahan secara lisan adalah merungut, menjerit, intonasi bahasa kasar, dan lain-lain lagi. Antara hamburan perkataan yang dilepaskan oleh sesorang yang mengalami kemarahan adalah seperti berikut:
  • Bodoh!
  • Sial!
  • Hampeh!
  • Cilaka!
  • Langsung tak boleh harap!
  • Pergi mampus la!
  • What the f**k
Berdasarkan contoh perkataan yang tertera di atas, merupakan perkataan bercirikan kenegatifan. Sesungguhnya, apabila kemarahan menguasai diri, sebarang pertimbangan dan proses pemikiran tidak akan berfunngsi. Setiap manusia semamangnya mengalami pelbagai peristiwa dan pengalaman yang memberi kesan kepada individu tersebut sehinggakan mengalami perubahan atau transisi emosi. Pengawalan emosi juga mampu mengurangkan pihak ketiga disebabkan menimbulkan sensitiviti pihak ketiga. Sabar itu separuh daripada iman. Kita sebagai guru harus membuat pemilihan perkataan yang terbaik dalam menegur atau menasihati pelajar agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai ragam. Bahasa yang tidak sesuai atau tidak baik mampu mengacaubilaukan pertimbangan emosi kita.

No comments:

Post a Comment