Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Pelat

Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa pelat membawa maksud kurang betul ketika mengucapkan kata-kata. Masalah pelat ini mungkin berpunca daripada masalah alat artikulasi kita. Adakalanya, ia mungkin berpunca daripada masalah kefahaman dan kebiasaan kita terhadap sesuatu bahasa. Kadang-kadang pelat adalah disebabkan pembawaan semasa masih kecil lagi. bagi situasi ini, ibu bapa membiarkan anak-anak mereka dengan pelat mereka tanpa membaiki sebutan anak-anak mereka. Semasa kuliah Karya Agung yang diajar oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan meminta kami membuat pembentangan berdasarkan tugasan yang diberi. Semasa seorang pelajar perempuan yang tersasul dalam mengujarkan frasa 'Sultan Mansur Shah'. Pelajar tersasul dengan menyebut frasa tersebut sebagai [Syultan Mansyor Sah ]. Prof. telah meminta pelajar tersebut mengulangi frasa tersebut sehingga betul. Dalam situasi di atas, masalah pelat yang dialaminya sebenarnya berpunca daripada alat artikulasinya lalu menyebabkan dia gagal menyebut abjad 's' dengan betul.  Prof. juga menyatakan bahawa pelajar suka menggugurkan fonem [ r ] apabila mengujar perkataan besar menjadi [ besa ]. Selain huruf [ r ], bunyi seperti [ s ] , [ l ], [ h ] , [ l ] dan  [ a ] juga tidak boleh dihilangkan. Prof menyatakan bahawa pengujaran dan penyebutan sesuatu perkataan perlulah betul dan tidak boleh mengambil remeh perkara tersebut.

 Oleh sebab itu, kita bersekolah bukan hanya mengejar cita-cita semata-mata, tetapi ilmu perlulah diamalkan dan dihayati, dan bukannya hanya sekadar hafalan untuk berjaya sahaja. Melalui pengajian kita dalam bidang fonetik dan fonologi, sebenarnya mendedahkan kita kepada aturan pengucapan dan penyebutan yang sebetulnya, di samping juga dalam mengatasi masalah pelat. Selain itu, kita sebagai guru harus peka dengan pengujaran perkataan anak-anak murid kita agar masalah penyebutan, dialek atau pelat dapat diperbaik dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment