Walaupun kita pandai berbahasa, namun kita perlu mengetahui etika dan etiketnya. Berbahasa sesungguhnya mudah, namun tidak bermakna kita boleh menghamburkan segala ujaran kita. Walaupun kita lantang sekalipun, kita perlu memilih kata-kata terbaik agar tidak menimbulkan sentiviti atau menyinggung perasaan pihak lain. Realitinya, apa yang saya perhatikan, seluruh bangsa di Malaysia memiliki perkataan yang sama, tetapi pembawaan makna yang tidak sama. Kita lihat contoh frasa atau perkataan yang menimbulkan kontroversi dalam pengujaran:
nate beruk (dialek Kelantan) - binatang beruk ( makna tersurat dalam bahasa Melayu baku)
Jika dilihat dari makna dialek kelantan, frasa 'nate beruk' merujuk kepada ujaran yang bermakna negatif. Kawan kelantan saya menerangkan kepada saya bahawa frasa tersebut tidak boleh diujarkan sembarangan kerana menimbulkan sensitiviti seseorang. Jika dalam bahasa Melayu standard mahupun bahasa Sarawak, frasa tersebut merujuk kepada binatang yang sama spesies dengan orang utan.
budu (dialek Kelantan) - bodoh ( dialek Sabah)
Budu dalam dialek Kelantan merujuk kepada makanan seperti sambal belacan manakala dalam dialek Sabah, budu merupakan kata sifat iaitu bodoh.
kemek (dialek Kelantan) - kemek (dialek Iban, Sarawak)
Kemek dalam dialek Kelantan merujuk kepada sistem panggilan dalam institusi keluarga di negeri Kelantan manakala kemek dalam dialek Iban pula bermakna perbuatan membuang air kecil.
Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat persamaan dari segi perkataan tetapi pembawaan makna yang berbeza. Jadi, berhati-hatilah ketika berbahasa dengan orang lain. Eloklah kita sebagai penutur menggunakan bahasa Melayu standard sebagai bahasa pengucapan atau bahasa lisan antara dua pihak bagi memudahkan pemahaman dan mengelak dari sebarang menyalahtafsirkan bahasa orang.Sesungguhnya, bahasa merupakan alat penyatuan antara dua pihak yang berlainan bangsa dan bahasa.
Siapa Yang Mengikutku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terpatri Abadi
-
▼
2011
(44)
-
▼
March
(36)
-
▼
Mar 18
(15)
- Bahasa Pejabat atau hanya kerana kami bukan Melayu?
- Masakan
- Apabila mengumpat
- Kenali Bahasa, Kenali Budaya, Pengukuh Ukhuwah
- Bahasa Ibundaku ternoda
- Dialek Kelantan
- Pelat
- Ragam Bahasa dalam Komunikasi
- Pelancong Asing
- Pembaca berita
- Apabila Marah
- Di sebalik tabir pembinaan Bahasa Melayu
- Berhati-hati ketika berbahasa
- Lewah
- Bahasa Zaman Sekarang
-
▼
Mar 18
(15)
-
▼
March
(36)
kemek di semenanjung selain kelantan pula bermaksud sesuatu yang leper. kuikuikui
ReplyDeleteBru 1x ckap nate beruk or dah terasa yg amat. Tpi hamba allah sorg ni ckap nate beruk kt ak bpuluh kali ak xdehal pun. So klau rase sentap bile org ckap nate beruk, rentikanla nk guna perkataan tu pda org lain. Hati koyak sgh.
ReplyDeleteHahah
DeleteHaah kemek dlm iban buang air kecil
ReplyDeleteKamek dlm melayu srwk adalah saya
Kalau kimek
DeleteLovers
DeleteWow thank you from the mean you so mean for me JK okay so thank you from the mean
ReplyDeletewhat
Delete