Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Pembaca berita

Pembaca berita merupakan satu profesion dalam dunia penyiaran yang akan memaparkan segala isu-isu terkini atau buletin negara, rakyat da hubungan luar. Pembaca berita menuntut komunikasi yang tinggi, lebih-lebih lagi penggunaan bahasa Melayu baku atau bahasa rasmi. Namun, hakikatnya, pembaca peberita tidak menyedari bahawa mereka banyak melakukan kesalahan berbahasa dan penggunaan sistem gelaran kepada orang lebih berpangkat daripada kita. Antara kesalahan tatabahasa dan sebutan, yang kerapkali dilakukan oleh pembaca berita ialah seperti berikut:

  • di kalangan (Salah) - dalam kalangan (Betul)
  • pada masa kini  (Salah)- pada masa ini/ kini (Betul) 
  • okey (Salah) - baiklah (Betul)
  • Selain daripada itu - Selain itu (Betul)
Selain itu, pembaca berita juga telah bertindak kurang adab dalam menyebut gelaran yang merujuk kepada pangkat atau status. Apabila menekankan sesuatu nama menteri atau penggiat seni yang menerima anugerah, mereka menyebutnya secara mentah-mentah nama mereka. Umpamanya;

            Penyaluran bekalan makanan terus dijalankan walau terdapat beberapa halangan. Najib berkata penyaluran tersebut akan diterus dengan bantuan duta Australia. Najib yanng merupakan Perdana Menteri Malaysia hanya digelar Najib sahaja, umpama seperti kawan biasa, sedangkan beliau memiliki status yang lebih tinggi daripada kita. Gelaran atau status yang seharusnya dinyatakan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.....

Berdasarkan contoh berikut, ternyata sistem bahasa dalam kalangan pembaca berita lagi perlu diperbaik dan diperhalusi agar tiada kepincangan bahasa. Eloklah, unit berkenaan bahasa Melayu diwujudkan di RTM bagi memurnikan penggunaan perkataan kepada yang lebih gramatis dan berprotokol. Hal ini disebabkan pembaca  berita dilihat sebagai ikon, maka segala perbuatan mereka akan diperhatikan dan ditiru. Bahasa Jiwa Bangsa

No comments:

Post a Comment