Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Di sebalik tabir pembinaan Bahasa Melayu

i) Jumlah,sumber dan kadar perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu
Untuk mengkaji kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu,kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dipandukan untuk menentukan jumlah,sumber dan kadar kata asing dalam kertas kerja ini.Hasilnya seperti di bawah.
(Jumlahnya berasaskan bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam Kamus Dewan.)
*Jumlah Kata Pinjaman : 10,062
Sumber Jumlah Kadar
Bahasa Inggeris 2,381 23,7%
Bahasa Arab 1,791 17.8%
Bahasa Jawa 1,482 14.5%
Bahasa Belanda 1,387 13.8%
Bahasa Minangkabau 1003 10.0%
Bahasa Jakarta 920 9.1%
Bahasa Sanskrit 490 4.9%
Bahasa Cina 188 1.9%
Bahasa Sunda 90 0.9%
Bahasa Portugis 83 0.8%
Bahasa Parsi 81 0.8%
Bahasa Tamil 57 0.6%
Bahasa Hindu 57 0.6%
Bahasa Jepun 16 0.2%
*Bahasa Lain 36 0.4%
*Kadar jumlah kata pinjaman terhadap jumlah kata dasar ialah
35%.

(Jumlah kata dasar dalam kamus tersebut merupakan 28,651)
*Bahasa Lain : Bahasa Palembang(11), Bahasa Latin(8), Bahasa Bali
(4),Bahasa Turki(3), Bahasa Rusia(3), Bahasa Aceh(2), Bahasa Perancis
(1), Bahasa Padang(1), Bahasa Sepanyol(1), Bahasa Korea(1), Bahasa
Thai(1)
3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit
Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi, hukum, ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Oleh yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu “konsep kewujudan”,”pembentukan pertubuhan sosial kelas” dan “permulaan perdagangan”. Mengenai “konsep kewujudan”, banyak perkataan yang menyatakan agama ,alam dan falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pimjaman dari bahasa tersebut. Oleh sebab itu kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telah menerima pengetahuan seperti itu dari kebudayaan India. Berkenaan “pembentukan pertubuhan sosial kelas”, ketika bahasa Sanskrit mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu.Pendek kata,kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah telah diformasi pada masa itu. Yang ketiga, berkaitan “permulaan perdagangan”, perdagangan antarabangsa di kalangan dunia Melayu dan India bermula dan ramai pedagang dan tentera melawati ke
sana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman
perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandar
dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu
sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara.
Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakin
meningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan
perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India.
Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca,
negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana,
pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja
3.2. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab
Untuk bahasa Melayu,dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arab
beserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting
dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.
Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu.
Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari bahasa Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dan lain-lain),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains, kesusasteraan dan seni”. Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran, perkahwinan, pemakaman dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalam kehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu.
Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,
musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu,
hikayat, sejarah, riwayat, kisah
3.3. Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi
Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun
lalu,mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal
sehingga kini.
Salah satu kesan yang bekekalan merupakan agama Islam yang tersebar
di seluruh Nusantara.Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawa
kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi
kepada orang Melayu. 
Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian.
Contoh : bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala,
nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai
3.4. Perkataan asal dari bahasa Portugis
Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama Kristian” dan “tenaga tentera Eropah”. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai perkara baru.
Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu,
tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba
3.5. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi
Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalan perkapalan antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampau.Oleh sebab itu ramai orang berpindah dari dua negara ke kepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenaga buruh di kawasan perlombongan dan estet.Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang.
Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, ketengahannya bermaksud makanan-makanan dan barang-barang hidup harian yang berasal-umbi budaya masing-masing tetapi ia sudah menyerap di dalam masyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih ada ciri-ciri budaya
mereka sendiri. Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari segi kebendaan bukan kerohanian.
Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan.
Contoh : Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,
sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang
Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,
cerpu, katil, perisai, talam, pingga,
Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,
pateri, roti, tala, topi
3.6. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda
Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakat Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan  teknologi. Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua bidang iaitu “istilah politik, ekonomi dan akademik moden” dan “nama barang industri, eletrik dan teknologi tinggi”. Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka meninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB (Indonesia Belanda) dalam kamus tersebut.
Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,
gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,
teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles
Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide,
kubus, langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol,
mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor, studen, universitas
3.7. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia
Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai “Lingua Franca” diDunia Melayu sejak masa lampau. Oleh yang demikian, kita boleh menemui banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya dari Jawa dan Sumatra kerana aliran masuk kata-kata dari bangsa-bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasaJawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata bahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau dianalisa sifatnya, perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah kata yang bererti mengenai alam, pertanian, makanan, haiwan, nama keluarga diraja, adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia.
Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus. Berikutnya ialah bahasa-bahasa Sumatra (bahasa Minangkabau,Aceh, Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan dari bahasa Bali terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unik di Indonesia.
Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar, 
omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong
Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai,
kacang, kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh,
uda
Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur,
jejaka, majikan, ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu
Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom,
peser, pincut, takol, tahapan, timburu
Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang,
welasan
Bahasa Aceh : bangta, rudus
Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng
Bahasa Padang : marah
3.8. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun
Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam Kamus Dewan. Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga kata yang bererti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi sesetengah perkataan ini jarang digunakan.
Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang,
romusya, sake, samurai, syogun, taiso, takeyari
3.9. Perkataan pinjaman dari bahasa lain
Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialah
bahasa Latin, Turki, Rusia, Perancis, Sepanyol, Korea dan Thai. Bilangannya
sangat sedikit.
Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo
Bahasa Turki : aga, bokca, efendid
Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka
Bahasa Prancis : kelonyor
Bahasa Sepanyol : selva
Bahasa Korea : tae kwan do
Bahasa Thai : wat
 Proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap bahasa ketika pertembungan beberapa bangsa terjadi melalui proses globalisasi. Biasanya apabila sesuatu bidang ilmu dikuasai oleh penutur bahasa tertentu,maka kumpulan bahasa lain akan meminjam kata yang berkaitan dalam bidang itu. Misalnya,dalam bahasa Inggeris terdapat hampir 65 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Latin,Greek dan lain-lain.Sebahagian kosa kata bahasa-bahasa Eropah pula terdiri daripada bahasa Latin dan Greek.Tambahan lagi, sekiranya analisa leksikal bahasa Jepun, terdapat juga hampir 40 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Cina dan 10 peratus berasal dari bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris.
Tetapi,sama dengan bahawa orang Eropah tidak menyedari perkataan yang berumbi bahasa Latin dan Greek sebagai kata pinjaman,bagi orang Melayu,perkataan berasal dari bahasa Sanskrit dan Arab merupakan disedarkan bukan perkataan pinjaman tetapi unsur perkataan berakar umbi bahasa asing yang sudah menetap dalam bahasa Melayu. Hal yang pentingnya ialah cara untuk definisikan erti peminjaman leksikal tetapi ia sukar ditetapkan. Kata-kata pinjaman itu mencerminkan bahawa pengaliran dan pertukaran orang dan juga penyebaran dan peminjaman kebudayaan yang berlaku di kawasan ini. Dengan konteks tersebut, kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat tentang unsur-unsur perkataan bahasa asing dalam kosa kata bahasa Melayu dan perubahan tamadun Melayu melalui proses peminjaman leksikal pada bahasa sendiri. Perkataannya boleh digolongkan mengikut sifat dan peranannya dalam bahasa Melayu masa kini.
Yang pertama ialah perkataan yang berakar umbi dalam masyarakat Malaysia sebagai konsep kebudayaan dan kerohanian rakyat di negara itu terutamanya bagi orang Melayu. Kebanyakannya tidak disedari seperti perkataan yang dipinjam dari bahasa luar dan ia diguna dalam percakapan seharian dan juga dalam bidang pendidikan,pengajian tinggi dan media massa. Kumpulan itu termasuk bahasa Sanskrit,Arab dan Parsi. Yang kedua,perkataan yang digunakan sebagai kata yang menyatakan budaya dan benda yang sudah dimalaysiaan(Malaysianized) yang dibawa oleh orang yang bertutur bahasa Cina,Tamil,Hindu dan Portugis.Kebanyakannya boleh dikelaskan sebagai perkataan yang bererti makanan,barang,adat,agama,ilmu yang berasal dari budaya bangsa masing-masing.Seperti yang demikian, kumpulan itu terdiri daripada bahasa Cina(kebanyakannya dari dialek Hokkien),Tamil,Hindu dan Portugis.Tentang bahasa dari bangsa India,berbanding dengan bahasa Sanskrit,bilangan perkataan Tamil dan Hindi sangat sedikit.
Perkataan dari serumpun kepulauan Indonesia agaknya terletak di tengah antara golongan yang pertama dan kedua. Selain daripada itu, terdapat perkataan yang baru dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu dan sering digunakan untuk menyatakan khususnya konsep moden dan istilah sains dan teknologi tetapi ia tidak berumbi dalam masyarakat Malaysia. Kumpulan itu mengandungi perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda. Terutamanya perkataan bahasa Inggeris digunakan dalam istilah akademik dan sains yang
diambil dari Eropah dan bilangannya masih bertambah dengan pesat dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah bidang sains dan teknologi disebarkan oleh media massa bahasa Inggeris ke seluruh dunia pada masa ini.Melihatkan itu,istilah bahasa Inggeris agaknya akan menduduki sebahagian besar dalam kata pinjaman dalam bahasa Melayu tetapi ini tidak akan berlaku.Kerana perkataan tersebut diterima untuk menunjuk konsep baru,istilah sains dan bidang popular,oleh sebab itu agaknya ia mudah dihapuskan apabila perkara yang lebih baru dan maju muncul dan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan.
Setiap bahasa di dunia menyaksikan sejarahnya di setiap masyarakat dan kawasan yang menuturkannya sebagai bahasa rasmi atau bahasa pengantar.Dengan konteks ini,analisa unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja menyambungkan pembentukan miniatur sejarah Dunia Melayu malahan juga membantu
memahami dinamik sifatnya bahawa agak luas untuk menerima pengetahuan dan ilmu yang baru dari luar untuk perkembangan ekonomi dan membangunkan negara sendiri dari dahulu hingga sekarang.
Sesungguhnya tidak ada satu budaya dan bahasa tertentu yang terbentuk daripada unsur asli sesuatu bangsa di seluruh dunia.Semuanya terhasil melalui proses pertembungan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain. Dengan konteks ini,bahasa Melayu pun salah satu hasil itu tetapi disebabkan pertukaran kebudayaan Timur dan Barat berlaku di kawasan ini, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat unik. Dunia Melayu merupakan wadah tumpuan pelbagai bangsa Asia dan Eropah.Bahasa Melayu pun mempunyai unsur-unsur perkataan yang berasal dari pelbagai negara dan bangsa dari sana. Perkara itu membuatkan penyelidikan bahasa Melayu sangat menarik bagi para penyelidik dan pelajar bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan juga menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa yang penting atau berharga untuk dikaji oleh para sarjana di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment