Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Apabila mengumpat

Pada aku mengumpat adalah bercerita keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita atau yang mendengar cerita.

Pada pandangan saya mengumpat adalah bercerita tentang keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita. Contohnya dalam situasi yang berikut.

A seorang peniaga
B adalah kenalan kepada A
C adalah kawan mereka berdua.

Jika B memberitahu A yang C adalah seorang yang susah mambayar hutang berdasarkan kisah-kisah yang pernah B alami, ini bukan mengumpat. Hal ini bermakna informasi ini berguna kepada A agar berhati-hati semasa berurusan dengan C. Mungkin kita boleh namakan ia sebagai peringatan, pemberitahuan atau apa sahaja. Kalau informasi itu tidak benar kita boleh namakan sebagai fitnah, tetapi bukan sejenis umpatan. Tetapi jika A yang bercerita kepada B kisah keburukan C, yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada B, sudah pastinya ia merupakan umpatan.

Sememang naluri manusia akan rasa seronok apabila orang lain mempunyai sifat yang lagi buruk dari kita. Ini membuatkan kita nampak baik, bagus dan berada di status yang lebih tinggi. Jadi untuk mencapai status itu kita akan cuba pastikan semua orang tahu akan keburukan orang lain. Sebab utama manusia mengumpat adalah untuk membuatkan hati sendiri puas melihat keburukan orang lain dan untuk menampakkan diri mereka bagus. Ada juga alasan-alasan lain seperti, untuk menjadi iktibar, untuk melepaskan tekanan untuk membuatkan semua orang peka dengan hal jiran tetangga atau rakan sekerja, untuk mengukuhkan pepatah ‘jaga tepi kain orang’ dan juga sekadar mengisi masa lapang. Ramai orang berpandangan bahawa umpatan sinonim dengan kaum hawa. Tiada manusia yang sempurna. Hakikatnya, lelaki pun mengumpat juga.
 Perbezaan antara umpatan kaum Hawa dan kaum Adam adalah topik .Mungkin kaum Hawa bercerita  tentang kekasih, perempuan lain,  rumah tangga orang lain yang porak peranda, tetapi orang lelaki pula akan bercerita mengenai kebodohan rakan mereka membeli kereta yang buruk atau pasal teman mereka dipermainkan oleh kekasih.

Perkara yang jelas semasa proses umpatan adalah medium yang digunakan iaitu bahasa. Selalunya orang mengumpat dari belakang. Oleh sebab itu, wujudlah peribahasa 'menikam dari belakang'. Mengapa saya mengatakan bahawa bahasa? Hal ini disebabkan bahasa yang bervariasi, lebih-lebih lagi memudahkan proses umpatan. Untuk lebih jelas, saya memberi situasi yang berikut.

A merupakan orang Kelantan
B dan C merupakan orang Sabah (dialek Kadazan)

Apabila berlakunya perbezaan bahasa dan bangsa, mudahlah proses mengumpat berlaku. Hal ini disebabkan oleh B dan C berkomunikasi dalam dialek mereka agar A tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengumpat A walaupun A di sisi B dan C. Maka, mereka mengambil peluang bahawa A tidak tahu apa-apa dalam bahasa Dusun dengan mengumpatnya. Hal ini jelas menunjukkan bahasalah yang menjadi medium umpatan dan menyalahgunakan bahasa dalam perkara yang tidak baik. Sebagai seorang manusia yang menyedari manusia sesungguhnya tidak sempurna tidak akan melakukan perkara sebegitu kerana ia merupakan perbuatan berdosa dan salah dari aspek tuntutan agama dan norma kehidupan. Janganlah menggunakan bahasa untuk mengumpat orang lain. Bahasa kita, identiti kita.

No comments:

Post a Comment