Siapa Yang Mengikutku?

Friday, March 18, 2011

Masakan

Tertarik saya untuk mengetengahkan bahasa Melayu dalam dunia masakan. Tentu pembaca berasa pelik apa kaitan bahasa Melayu dengan memasak. Saya bukannya menyatakan cara memasak atau menu atau resepi memasak, tetapi saya mengangkat dan membicarakan bahasa Melayu dalam masakan. Pernahkah anda terfikir bahawa dalam masakan juga terdapat peminjaman istilah atau kosa kata. Sila perhati kosa kata yang saya nyatakan berikut. Saya menjadikan risalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004 yang bertajuk Sajian Makanan.

i) Senarai nama sajian Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu
  • A’la carte meal  -  sajian pilihan / a’la carte
  • Almond dessert  -  pencuci mulut badam
  • Almond nip  -  badam cencang
  • Baked beans  -  kacang panggang
  • Baked rice  -  nasi panggang
  • Banana bread  -  roti pisang
  • Banana loaf  -  kek pisang
  • Banana milkshake  -  susu adun pisang
  • Banana split  -  pisang sejoli
  • Barbecue beans  -  kekacang barbeku
  • Barbecue chicken  -  ayam barbeku
  • Barbecue sauce  -  sos barbeku
  • Beef burger  -  burger daging 
  • Family pack  -   pek keluarga 
  • Family plate  -  set
 ii) Senarai nama sajian Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris 
  • Ban ikan bilis  -  ikan bilis bun
  • Ban kari  -  curry bun
  • Ban keju krim  -  cream cheese bun
  • Gegelang sotong  -  calamari ring
  • Gula aising  -  icing sugar
  • Gula perang  -  brown sugar
  •   Kek nanas  -  ananas gateauxKek oren kristal  -  crystal orange cake 
  • Kek perawan coklat  -  chocolate lady cakeKek perawan putih  -  fair lady cake 
  • Kek pisang  -  banana loaf 
  • Kek span coklat  -  chocolate sponge cake
  •  Kekacang barbeku  -  barbecue beans
  •  Kentang gelung  -  curly fries
  • Nasi ayam  -  chicken rice
  • Nasi panggang  -  baked rice
  • Nuget ayam  -  chicken bites; chicken nuggets
Berdasarkan senarai nama di atas, jelas masakan-masakan barat di'timur'kan oleh bahasa Melayu. Dengan ini, bahasa Melayu telah menyerap masuk nama-nama masakan sekali gus mempelbagaikan cita rasa masakan seperti yang terdapat di negara barat. Bahasa Melayu sememangnya dinamik dan fleksibel mengharungi arus zaman. 

No comments:

Post a Comment